Tak pe lah, saya tumpang bonus MyPartner jek lah..Itu pun kalo masih ada lagik :P
Anyhow, saya pun tumpang gembira bagi pihak staf sokongan yang dapat wang saguhati daripada kerajaan. RM500 pun dah kira memadai untuk menyambut hari raya...Janji ada kan!
Well done to Cuepacs yang sangat mengambil berat tentang kebajikan kakitangan awam... :)
Bak kata MyPartner, mintak je selagi boleh mintak...dapat ke tidak itu bergantung kepada pertimbangan pihak kerajaan :)
Saya ada kenal sorang staf sokongan kat pejabat. Anak dia 5 orang. Husband dia pulak keje tak menentu. Dia penah cakap kat saya yang gaji dia tak sampai empat angka pun. Bila kerajaan bagi bonus kat kakitangan sokongan, terus saya teringatkan keluarga dia. Golongan macam nih lah perlu kita utamakan dalam pemberian wang kerajaan kan....Mesti tersenyum kegembiraan dengan wang saguhati nih. At least, kurang bebanan skit dalam menyambut hari raya dan untuk keperluan anak bersekolah nanti. Saya pun tumpang gembira :)
K lah, sama2 kita menyambut hari raya nanti dengan penuh kesederhanaan ye.
Saya memang tahun nih berazam nak sambut dengan penuh kesederhaan. InsyaAllah...
p/s: Dah tak nak bazir2 macam tahun2 sebelum nih. Insaf! :P








