Friday, August 3, 2012

Lokek

Sebenarnya saya dah lama rasa nak tulis topik nih tapi takut kurang sesuai. Lagi 1,saya takut ianya lebih kepada pendapat peribadi sebenarnya. Cuma saya ada mesej yang nak disampaikan sebenarnya....

Berdasarkan pengalaman seciput saya mengajar students sebelum nih, saya dapat simpulkan yang orang Melayu kadang2 agak susah untuk berkongsi ilmu pengetahuan. Saya kadang2 hairan sebenarnya dengan mentaliti seperti nih. Bukan ke ilmu yang kita ada nih perlu dikongsi sebab kita dapat ilmu pun dari orang sudi berkongsi ilmu. Saya sendiri pun bangsa Melayu, tapi tak bermakna kita tak boleh tegur bangsa sendiri kan :)

Ok, serius sangat la topik nih. Malas pulak saya nak ulas. Tapi saya selalu berpesan kepada diri sendiri yang Allah akan permudahkan urusan kita kalo kita boleh permudahkan urusan orang lain. Jadi pada saya, tak guna kita lokek ilmu sebab ilmu yang ada di dada takkan berkembang kalo ianya hanya tersimpan dalam dada..Ok, dah makin serius la pulak topik nih :D

Bila tengok gambar kat bawah nih, makanan yang kita rasa mungkin kita boleh habiskan sorang, tapi bila dikongsi dengan kawan, rupa2nya kita masih boleh kenyang. In fact, kawan kita pun bertambah, pahala pun dapat ;)


Banyak lagi sebenarnya saya nak ulas tapinya takut ianya makin serius plus boring untuk dibaca. Saya sebenarnya suka melihat telatah orang dan menilai secara diam2 :D Bukan apa, yang baik kita boleh jadikan panduan, yang tak elok kita cuba jauhkan :)

Moga Allah lindungi kita dari sifat sebegini..InsyaAllah :)

Xoxo,

Wednesday, August 1, 2012

Tua setahun..

Ye, 2 hari lepas saya genap ** :) Dah berumur sebenarnya...Cepat sungguh masa berlalu. Bila tengok muka anak yang semakin membesar, memang terasa diri nih dah tua.. Moga Allah panjangkan umur saya dan diberikan kesihatan yang sempurna. Masih banyak yang saya ingin kecapi tapi cukup buat masa sekarang, memang saya terasa sangat bertuah kerana miliki keluarga yang betul2 membahagiakan.

Tapi yang pasti, saya nak sangat perbaiki diri nih ke arah kebaikan. Alhamdulillah, kalo ikutkan masa, memang sentiasa tak mengizinkan. Mana nak masak, tengok anak2 buat keje sekolah, ajar anak, belajar, dan macam2..Tapi saya dah tanamkan niat, biar sesibuk mana sekali pun, membaca Al-Quran jangan sekali dilupakan. Alhamdulillah, sampai skrg saya amalkan....Hari paling penat sekalipun at least saya habiskan jugak 2 muka surat Al-Quran. InsyaAllah, memang saya nak kekalkan amalan saya nih.

Buat masa skrg saya rasa sangat bertuah punya 2 orang anak perempuan. Niat di hati memang nak tambah tapinya saya masih dalam sesi menyudahkan eksperimen saya skrg nih. Takut pulak sebab saya bermain dengan high power laser. Memang macam kurang sesuai je untuk ibu yang mengandung. Harap2 cepatlah saya siapkan keje... :)

Saja saya selitkan gambar buah hati pengarang jantung saya :)

Sememangnya kita adalah manusia yang lemah yang selalu lalai dengan hal duniawi. I really hope I can be a better Muslim..InsyaAllah :)

Loves,

Friday, July 27, 2012

Kerja

Banyaknya kerja yang tak siap2 :( Tapi yang bestnya bila bulan Ramadan nih, laju je buat keja. Sedar2 dah petang. Yeay! Tak de sesi2 buang-masa-makan-lama2-masa-lunch :D Skrg nih saya masih menyiapkan kerja di TMRND. Alhamdullilah, dah tak banyak yang tinggal. Moga semangat nih akan terus kekal sehingga la ke garisan penamat, InsyaAllah...

Pening sebenarnya bekerja di tempat orang sebab kita kena ikut masa diorang. Nak2 lab yang penuh dengan equipment yang mahal2 semestinya ada peraturan yang kena ikut :) Tapi tak pe lah, adat menumpang kan :)

Nih saja saya letak gambar2 keje saya di TMRND. Boleh loya bila tengok satu2 setup sebab makin beranak lak setup saya nih bila sampai sana :D

Mungkin dalam masa terdekat nih saya akan pulang semula ke lab saya di UPM. Tak sabarnya :) Boleh raya dengan tenang, InsyaAllah... Kejap betul masa berjalan skrg nih. Sedar2 dah hampir tua dah saya. Harap kita semua dapat memperbanyakkan amalan sepanjang bulan puasa nih..Amin :)

Wednesday, July 25, 2012

Cak!

Lamanya tak jengah ke blog nih. Busy dengan study sebenarnya... nih baru ada masa nak belek2 :) So where to start eh since banyak sangat benda yang tertunggak..:-/ Suka pulak saya dgr lagu nih..comey jek rasa! teringat pulak suasana masa duduk Kedah dulu ;)

Friday, May 6, 2011

Close to my heart..

To My Beloved Mak..

Having a mother like you while growing up was the greatest gift and biggest advantage anyone could ever have given me. It is because of the confidence and the values that you instilled in me that made me who I am today. Thank you for shaping me into a person who I like and proud to be. Thank you for letting me believe that I could be whoever I wanted to be, do whatever I wanted to do, with no limitations...

Thank you for your unwavering support throughout my journey.

Thank you for always having hope for me when I didn’t have for myself.

Thank you for telling me not to give up when I couldn’t do it anymore.

Thank you for every single thing you have done for me, for all your advices, and thank you for being a good listener to me...

Thank you, Mak and I do love you forever and ever..May Allah grant you the greatest of health and providence of a long, illustrious life. And may He bless you with love, perseverance and hope....Amin!

Happy Mother's day to my lovely Mak...and the rest of mothers out there :)


From your proud daughter,

Thursday, April 21, 2011

A Letter from Mom and Daddy

It's such a touching video...

I guess each of us are more focusing towards future especially when we are getting married. Sometimes we miss them who had given us life to see the goodness of the world...

We can't pay back even the cost of a drop of milk which was given to us by our mother.

They always deserve the best. When they are gone then only we will realize what we lost. And of course you can't get it back.

So, spend some of your precious time to be with them and treat them with respect.

Have a look and I'm pretty sure u will agree with me ;)



I will always love my Mak and Bapak forever and ever...

And to my lovely daughters...I really hope you can always love me till my last breath.

Tuesday, February 1, 2011

Erk!

Kadang2 saya rasa diam lagi bagus dari berkata2...

Hidup saya agak lintang pukang sejak akhir2 nih...
Tapi bersyukur sangat dengan berkat semangat dari kaum keluarga, saya masih boleh mencari ruang2 untuk muhasabahkan diri...

Saya punya bibik sudah lari ikut bangla....huhu! Petikan dari blog adik saya.
Sesungguhnya Allah kurniakan akal untuk kita berpikir...

Manusia..manusia.... ;-\