Monday, August 13, 2012

Tindik telinga

Sedih pulak rasa bila tengok anak2 tindik telinga. Terasa masing2 macam dah besar. Esok2 dah masuk sekolah semua lama2 tinggalkan je Mama ngan Ayah. Ok dah, kang jauh plak saya pikir :D

Dah lama dah terasa nak tindik telinga budak2 nih. Saya sendiri tak berani nak tindik. Hehe..so tolak ke anak2 la. :D Bukan apa, saya suka tengok budak2 tindik telinga. Bila tanya Kakak dan Adik, sekali diorang ok nak tindik :)

Dua kali saya ulang-alik Jusco AU2. Haha..First pegi Adik je yang tindik. Kakak nangis2 takut. Bila balik umah, baru terasa nak tindik sebab tengok Adik relaks je lepas tindik. Makanya terpaksa pergi semula ke Poh Kong untuk tindik semula. Harga tindik RM20 dapat subang free. Tapinya subang nih sementara je kot sebab dia besi kan. Takut tak tahan ke telinga diorang.

Nih antara gambar2 yang sempat saya ambil. Saya tak berani nak tengok, makanya saya bawak bibik sekali untuk pegang anak2. Teehee :D Ayahnya balik lambat plak hari nih. Tapi bila pegi kali ke 2, saya tolak Ayahnya pulak untuk pegang Kakak. Saya memang tak leh tengok sebab ada rasa nak pitam pun ada :D 'Over!' :P



Harap2 tak de la nanah ke apa. Tapi saya rasa sakit sebenarnya sebab dia tak letak ubat bius ke apa. Tapi nasib baik diorang rileks je. Kalo bagi subang emas sebesar lengan pun, tak rasa saya nak tindik. Hehe..seram jekk! :D

K lah, nak sambung belek thesis. ;) Moga mata saya dapat bekerjasama dengan tuannya sebaik mungkin..Hoho!

Xoxo,

Sunday, August 12, 2012

Rajin

Saya tak tahu sama ada orang lain ada masalah yang sama dengan saya atau tidak. Masalah saya sekarang nih adalah untuk mendisplin anak2 dengan budaya minat buku. Bukan nak suruh diorang jadi ulat buku tapi at least belek jugak lah buku 20 minit sehari.. :D

Saya masih lagi dalam proses mendidik anak saya dengan masa belajar. Saya tak kisah pun andaikata nak main je satu hari tapinya kena selit jugak la dengan sesi ilmiah bersama mama :D Payah jugak sebenarnya nak ajar anak sendiri. Hehe.. Nak ajar anak orang kadang2 lebih senang dari anak sendiri. Ada je akal masing2 nak ngelat.. Saya sabarkan aje sebab saya yakin mungkin usaha nih kalo diteruskan, lambat laun minat jugak budak2 nih pada buku. InsyaAllah.. :)

Dengan kekangan masa saya untuk keperluan diri sendiri sebagai pelajar dan buat masa yang sama perlu tumpukan pada pelajaran anak2 jugak, memang macam robot jek rasa. Harap2 dah tak lama la saya akan habiskan belajar saya nih..insyaAllah. Niat di hati memang nak tumpukan pada keluarga lepas nih. Dah ala2 lintang-pukang pun ada masing2. Heheh...

Nih contoh gambar yang jarangggggg sekali berlaku :D Kadang2 adik yang rajin, kakak lak malas. Kadang2 tertukar pulak. Payah sungguh dua2 nak duduk belajar sama2. Tapi nih saya dah nampak kesan positif skit bila diorang dah mula menunjukkan minat bila tiba jam 8 malam :D diorang dah tahu apa yang diorang kena buat masa Mama layan berita :D


Mengharapkan suasana sebegini akan kekal sehinggalah diorang sedar kenapa Mama terlalu tegas dalam hal belajar :) Teringin sebenarnya nak tengok mereka menjadi insan yang berguna sebenarnya bila besar nanti sebab saya tahu yang zaman skrg memang mencabar nak membesarkan anak2. Moga Allah permudahkan segala urusan untuk melembutkan hati mereka ke arah kebaikan..InsyaAllah :)

Doakan ya! ;)

Friday, August 3, 2012

Lokek

Sebenarnya saya dah lama rasa nak tulis topik nih tapi takut kurang sesuai. Lagi 1,saya takut ianya lebih kepada pendapat peribadi sebenarnya. Cuma saya ada mesej yang nak disampaikan sebenarnya....

Berdasarkan pengalaman seciput saya mengajar students sebelum nih, saya dapat simpulkan yang orang Melayu kadang2 agak susah untuk berkongsi ilmu pengetahuan. Saya kadang2 hairan sebenarnya dengan mentaliti seperti nih. Bukan ke ilmu yang kita ada nih perlu dikongsi sebab kita dapat ilmu pun dari orang sudi berkongsi ilmu. Saya sendiri pun bangsa Melayu, tapi tak bermakna kita tak boleh tegur bangsa sendiri kan :)

Ok, serius sangat la topik nih. Malas pulak saya nak ulas. Tapi saya selalu berpesan kepada diri sendiri yang Allah akan permudahkan urusan kita kalo kita boleh permudahkan urusan orang lain. Jadi pada saya, tak guna kita lokek ilmu sebab ilmu yang ada di dada takkan berkembang kalo ianya hanya tersimpan dalam dada..Ok, dah makin serius la pulak topik nih :D

Bila tengok gambar kat bawah nih, makanan yang kita rasa mungkin kita boleh habiskan sorang, tapi bila dikongsi dengan kawan, rupa2nya kita masih boleh kenyang. In fact, kawan kita pun bertambah, pahala pun dapat ;)


Banyak lagi sebenarnya saya nak ulas tapinya takut ianya makin serius plus boring untuk dibaca. Saya sebenarnya suka melihat telatah orang dan menilai secara diam2 :D Bukan apa, yang baik kita boleh jadikan panduan, yang tak elok kita cuba jauhkan :)

Moga Allah lindungi kita dari sifat sebegini..InsyaAllah :)

Xoxo,

Wednesday, August 1, 2012

Tua setahun..

Ye, 2 hari lepas saya genap ** :) Dah berumur sebenarnya...Cepat sungguh masa berlalu. Bila tengok muka anak yang semakin membesar, memang terasa diri nih dah tua.. Moga Allah panjangkan umur saya dan diberikan kesihatan yang sempurna. Masih banyak yang saya ingin kecapi tapi cukup buat masa sekarang, memang saya terasa sangat bertuah kerana miliki keluarga yang betul2 membahagiakan.

Tapi yang pasti, saya nak sangat perbaiki diri nih ke arah kebaikan. Alhamdulillah, kalo ikutkan masa, memang sentiasa tak mengizinkan. Mana nak masak, tengok anak2 buat keje sekolah, ajar anak, belajar, dan macam2..Tapi saya dah tanamkan niat, biar sesibuk mana sekali pun, membaca Al-Quran jangan sekali dilupakan. Alhamdulillah, sampai skrg saya amalkan....Hari paling penat sekalipun at least saya habiskan jugak 2 muka surat Al-Quran. InsyaAllah, memang saya nak kekalkan amalan saya nih.

Buat masa skrg saya rasa sangat bertuah punya 2 orang anak perempuan. Niat di hati memang nak tambah tapinya saya masih dalam sesi menyudahkan eksperimen saya skrg nih. Takut pulak sebab saya bermain dengan high power laser. Memang macam kurang sesuai je untuk ibu yang mengandung. Harap2 cepatlah saya siapkan keje... :)

Saja saya selitkan gambar buah hati pengarang jantung saya :)

Sememangnya kita adalah manusia yang lemah yang selalu lalai dengan hal duniawi. I really hope I can be a better Muslim..InsyaAllah :)

Loves,

Friday, July 27, 2012

Kerja

Banyaknya kerja yang tak siap2 :( Tapi yang bestnya bila bulan Ramadan nih, laju je buat keja. Sedar2 dah petang. Yeay! Tak de sesi2 buang-masa-makan-lama2-masa-lunch :D Skrg nih saya masih menyiapkan kerja di TMRND. Alhamdullilah, dah tak banyak yang tinggal. Moga semangat nih akan terus kekal sehingga la ke garisan penamat, InsyaAllah...

Pening sebenarnya bekerja di tempat orang sebab kita kena ikut masa diorang. Nak2 lab yang penuh dengan equipment yang mahal2 semestinya ada peraturan yang kena ikut :) Tapi tak pe lah, adat menumpang kan :)

Nih saja saya letak gambar2 keje saya di TMRND. Boleh loya bila tengok satu2 setup sebab makin beranak lak setup saya nih bila sampai sana :D

Mungkin dalam masa terdekat nih saya akan pulang semula ke lab saya di UPM. Tak sabarnya :) Boleh raya dengan tenang, InsyaAllah... Kejap betul masa berjalan skrg nih. Sedar2 dah hampir tua dah saya. Harap kita semua dapat memperbanyakkan amalan sepanjang bulan puasa nih..Amin :)

Wednesday, July 25, 2012

Cak!

Lamanya tak jengah ke blog nih. Busy dengan study sebenarnya... nih baru ada masa nak belek2 :) So where to start eh since banyak sangat benda yang tertunggak..:-/ Suka pulak saya dgr lagu nih..comey jek rasa! teringat pulak suasana masa duduk Kedah dulu ;)

Friday, May 6, 2011

Close to my heart..

To My Beloved Mak..

Having a mother like you while growing up was the greatest gift and biggest advantage anyone could ever have given me. It is because of the confidence and the values that you instilled in me that made me who I am today. Thank you for shaping me into a person who I like and proud to be. Thank you for letting me believe that I could be whoever I wanted to be, do whatever I wanted to do, with no limitations...

Thank you for your unwavering support throughout my journey.

Thank you for always having hope for me when I didn’t have for myself.

Thank you for telling me not to give up when I couldn’t do it anymore.

Thank you for every single thing you have done for me, for all your advices, and thank you for being a good listener to me...

Thank you, Mak and I do love you forever and ever..May Allah grant you the greatest of health and providence of a long, illustrious life. And may He bless you with love, perseverance and hope....Amin!

Happy Mother's day to my lovely Mak...and the rest of mothers out there :)


From your proud daughter,

Thursday, April 21, 2011

A Letter from Mom and Daddy

It's such a touching video...

I guess each of us are more focusing towards future especially when we are getting married. Sometimes we miss them who had given us life to see the goodness of the world...

We can't pay back even the cost of a drop of milk which was given to us by our mother.

They always deserve the best. When they are gone then only we will realize what we lost. And of course you can't get it back.

So, spend some of your precious time to be with them and treat them with respect.

Have a look and I'm pretty sure u will agree with me ;)



I will always love my Mak and Bapak forever and ever...

And to my lovely daughters...I really hope you can always love me till my last breath.

Tuesday, February 1, 2011

Erk!

Kadang2 saya rasa diam lagi bagus dari berkata2...

Hidup saya agak lintang pukang sejak akhir2 nih...
Tapi bersyukur sangat dengan berkat semangat dari kaum keluarga, saya masih boleh mencari ruang2 untuk muhasabahkan diri...

Saya punya bibik sudah lari ikut bangla....huhu! Petikan dari blog adik saya.
Sesungguhnya Allah kurniakan akal untuk kita berpikir...

Manusia..manusia.... ;-\

Wednesday, January 12, 2011

Tiup lilin..

Ahad lepas saja saya wat besday party untuk Umaira. Tak penah ajak kawan2 dia datang makan ramai2 walaupun memang hari2 diorang datang main2 kat umah saya...
Since kawan2 dia dah ramai, seronok la skit nak ajak datang..

Majlis yang simple + last minute planning.
Saya ajak kanak2 ribena kawasan situ + family member.
Menu pun sempoi jek. Saya rasa saya memang failed la masak portion banyak2. Rasa macam serba tak kena je menu ari tuh :P Tak pe lah, yang penting ikhlas menjamu orang makan ;)

Klah, nih ada gambar skit2..

Yang ramai adalah kanak2 sebenarnya..Mungkin lepas nih saya boleh plan untuk party yang lebih sempurna. Rasa macam tunggang langgang je majlis..hoho!


Antara yang dihidangkan...

Yang diraikan...My Little Munchkin :)


Yang memeriahkan lagi majlis..My Cotton Candy :)


Tetamu yang datang...terima kasih sekalung budi sebab sanggup luangkan masa berharga hujung minggu bersama kami sekeluarga.


Meriah walaupun sangat sederhana segalanya.... Syukran! :)

Tuesday, January 11, 2011

Supir

Malasnya saya nak update blog saya nih :P

Saya tak tahu naper saya kerap sangat letih lately nih...
Nak kata kurang tido dah terlebih tido...
Kurang senanam? Tiap masa saya naik turun tangga :D
Banyak makan? Tak jugak sebab malas nak kunyah :P

Apa2 pun saya tetap bersyukur sebab punya kesihatan yang baik untuk membolehkan saya jaga anak2. Harap2nya kekal sampai bila2. Amin...

Kakak dah mula sekolah...so saya seperti biasa, saya menjadi supir menghantar kakak ke sekolah. tapi tahun nih ada Rina sekali. Saya rasa saya enjoy hantar budak2 ke sekolah sebab saya suka sembang2 ngan budak2. Rasa macam tak de dosa je borak ngan diorang. :P

Kakak + Rina :)
Tahun depan Adik akan join kakak+Rina...so Mama akan bertambah hepi sebab boleh hantar Kakak, Rina ngan Adik sekali. Sure lagi happening kalo ada Adik :)

Nak sambung keje balik...Daa!

Tuesday, January 4, 2011

Kebun binatang

Esok kakak dah mula sesi persekolahan.
Kira dah selesai musim cuti sekolah...
Jenuh la saya nak pujuk kakak bangun pagi plak pas nih :D

Minggu lepas kami anak-beranak ke zoo. Sekangkang kera jek zoo nih ngan umah tapi memang tak penah bawak anak2 pegi. Dulu pegi pun masa masa tak de anak lagi :D
Seronok bawak diorang datang zoo sebab masing2 dah pandai nama haiwan kot. SO terlebih eksited la skit memasing :)

Terasa bestnya kalo leh bawak motor pusing2 dalam zoo sebab saya punya la malas nak jalan. Sayang lemak2 saya terbakar :D

Awal kami datang so that tak payah nak pening cari parking nanti :)

Sedikit gambar di zoo.. ;)

Besar jugak zoo nih...Macam2 bau pun ada :D


Sempat kami tengok persembahan haiwan hari tuh. Penuh jugak la tempat tuh sebab cuti sekolah kan...

Kami..

Memang kepenatan...balik pada zoo semua tertido melainkan saya :D

Dan hari yang sama bibik saya kantoi merokok lagii! Huh! Dah malas nak cakap apa dah :P

p/s : Esok bermula la tugas saya sebagai drebar kakak ke sekolah :)

Thursday, December 30, 2010

4 tahun..

Alhamdulillah..Umur kakak dah cecah 4 tahun hari nih :)
Kejap sungguh masa berlalu...
Masih teringat lagi saat Mama nak lahirkan Kakak..
Alih2 kakak dah 4 tahun...

Sayangnya Mama pada Kakak tak pernah berbelah bahagi..
Penyeri hidup Mama dulu, kini dan selamanya..
Moga Kakak membesar dengan sihat dan menjadi anak yang mampu buatkan Mama dan Ayah gembira. InsyaAllah...

Those days..


Hopefully Mama masih punya nyawa yang panjang untuk lihat kakak membesar..Amin.

Semoga Allah makbulkan doa Mama untuk lihat kakak menjadi insan yang berguna..

Mama dan Ayah akan sentiasa menyayangi kakak sehinggalah hujung nyawa kami berdua...

Selamat hari lahir Lya Umaira ;)

Friday, December 24, 2010

Laju

Wah kereta ku meluncur laju ke UPM hari nih..Jalan lenggang tak berpenghuni sebab semua dah bercuti kot. Lab pun senyap sunyi je hari nih...

Kang ada tengahari nih saya melencong ke Alamanda cuci2 mata :D

Perbualan saya ngan kakak pagi tadi :

Mama : Kakak sayang Mama?
Kakak : Sayangg...Kakak sayang Mama tapi Mama no 2.
Mama : Ayah...Kakak sayang tak?Ayah nombor berapa?
Kakak : Sayanggg..Ayah No 3.
Mama : No 1 Kakak sayang sapa?
Kakak : Allah...

:)

Happy weekend everyone ;)

Tuesday, December 21, 2010

Cuba2

Tetiba datang mood 'masuk dapur tak kluar2'...huhu
Memang mood sebegini terjadi bila saya ada banyak mende nak buat tapi malas nak buat :D

So sesi menghabiskan masa banyak dibuat di dapur dengan :
Mencuba resepi2 baru :) Weeee!
*sedap ke tak itu belakang kira :P*

Janji lepas dek tekak MyPartner, lil Munchkin and Lil Cotton Candy :)

1st time masak triffle strawberry pakai resepi baru..
And the result...tadaaaa, yummmyyy!


Simple dimple recipe dia...Nak2 dah nak Chrismas nih, strawberry manis2 memang senang nak dapat :)

TQ to my labmate, Gjah for the marvellous recipe....nanti datang umah akak, akak buatkan lagi ya ;)

p/s: Tetiba lak lapar... :D

Monday, December 20, 2010

Lalala...

My new collection :

Anak2 saya pun dah mula hafal semua lagu2 dia ;) Tak de la dok ulang twinkle2 little star jek :D

Saya lak dok ulang dengar tapi yang peliknya, langsung tak jemu2 :) Terbaik!

Saturday, December 11, 2010

Kaki

Kakak jatuh tangga la pulak..Adeh! :(

Asalnya main ngan anak2 jiran tapi saya tak tahu sapa tolak sapa. Malas nak salahkan sapa2 sebab Kakak sendiri pun memang jenis suka main tangga :P

Tu la bila tak nak dgr cakap Mama...asyik nak turun naik tangga alih2 terjatuh..Ingatkan tak de apa2, sekali tengah malam nangis sakit2. Disebabkan saya nih jenis terlebih gelabah, so nya malam tuh gak pi buat x-ray :P Risau mengalahkan apa lagik..

Mujur lepas xray tak de yang patah ke apa...

Tapi kaki Kakak bengkak mungkin sebab terseliuh...
Tapi tak reti pulak nak cari tukang urut untuk urutkan kaki... :(

Harap2 esok lusa baiklah kaki kakak nih..

Risau sangat saya nih..nak buat keje pun naik malas!

Cepat2 baik ya...

Friday, December 10, 2010

Nilam

Lama tak letak gambar anak2 :)

Kakak tengah cuti sekolah. Saya ngan MyPartner lak keje. Kesian pun ye sebab sure bosan jek dok umah.
Hujung minggu je lah saya ada masa nak bawa diorang pi jalan2.MyPartner lak memang tak de cuti. So memang tak ke mana sangat la.

So pusing2 jalan KL jek.
Nih gambar masa main kat Tasik Titiwangsa. Menjerit2 seronok..Mama pun happy tengok anak2 Mama semua happy :)

Ramai budak2 main. Terasa nak beli layang2 pun ada main kat situ pas nih..


Hari Ahad nih, kalo tak hujan, akan pegi lagi sebab plan nak bawak anak2 jiran ikut sekali. Sure seronok diorang main sebab kawan2 pun ikut. Suka saya tengok Kakak+Adik dah pandai berkawan sesama kawan2 diorang. Kalo beli barang, selalu nak beli lebih sebab nak kasik pada kawan2. Memang kena sediakan duit lebih selalu :D

Bila balik umah, Kakak suka belek buku2 dia. So most of the time memang dia akan membaca buku cite, tak pun hafal doa2 harian. Mama pun happy tengok Kakak dah pandai berdikari. Adik macam biasa...sepah2 umah, tekan tutup tv..Huh! Payah tul nak fokus sebab banyak keje lain dia nak buat. :D Tak pe, Kakak dulu pun macam tuh gak. Nanti bila dah pandai fokus, Mama ajar Adik pulak ya ;) Bibik saya memang fail bab2 membaca nih. Tu yang saya kena ajar sendiri anak2. Buat masa yang sama, bibik saya pun tumpang belajar :)


Moga Kakak + Adik membesar menjadi insan yang berguna. Tuh je yang Mama harapkan...
TGIF!

Tuesday, December 7, 2010

Besday bibik

Semalam besday bibik yang ke 43 kot saya rasa :D
Dia sendiri pun tak berapa nak ingat umur dia, apatah lagi saya kan :D
So kitaorg pegi celebrate ramai2. Dah anggap dia macam keluarga sendiri walaupun suka jugak wat perangai :D
Terharu dia lepas adik+kakak nyanyikan lagu happy birthday lepas bangun dari tido.
Saya pun rasa sayu gak sebab dia banyak bantu saya selama nih. Tiap bantuan dia memang saya sentiasa ingat sebab tu yang sampai skrg dia masih bertahan keje ngan saya sekeluarga.

Kakak+Adik memang sangat sayang pada bibik nih sebab dah jaga diorang dari kecik. Hari tuh saya nak tukar bibik baru, sebabkan Kakak lah buatkan saya tak jadi nak tukar. Saya suka tengok anak2 saya ceria+gembira dan saya tak nak patahkan rasa tuh andaikata saya tukar bibik baru.
Antara makanan yang dipesan.....Last2 adik+kakak makan telur dadar jek! Huh!

Yang diraikan...


Kadang2, bila dok sorang2, saya terpikir, manusia nih kalo diberi peluang, insyaAllah akan berubah cuma masa je yang tak boleh diduga samada cepat atau pun lambat. Apa2 pun, andaikata kita bersabar, tentu akan dilimpahkan ganjaran di kemudian hari kan.... InsyaAllah ;)

Penyeri hidup saya...MyPartner, My Munchkin and My Cotton Candy :)

"Kepada bibik, selamat ulang tahun :) Tak de apa yang boleh ibu ucapkan melainkan Terima kasih banyak2 sebab banyak bantu ibu selama nih......"

p/s : Hadiah ke bonus eh?