Showing posts with label Familia. Show all posts
Showing posts with label Familia. Show all posts

Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa

Meriah pulak sambutan Hari Bapa tahun nih ... ;)

Tapi yang sayangnya kebetulan lak Father's Day jatuh masa saya tengah sengkek. :P Huhu...Tapi tak pe, serba sederhana tapi meriah :P

Tahun nih saya memang buntu tak tahu nak bagi apa kat MyPartner. Setelah dipikir2 (beserta dengan kewangan yang kureng nih), so saya belanja dia makeover kat APT Hair Salon. Hahah..sempoi jek gift :P Tapi tak pe, MyPartner memang suka je sebab hair specialist yang belek rambut dia kan :P

Suka pulak saya ke kedai nih sebab macam selesa jek nak nunggu. Nih gambar2 yang saya curi tangkap...Bila sesi cuci rambut, saya dah malas nak snap :P

Bila dah siap, cun jugak la... MyPartner pun macam puashati jek. Bab hadiah dah setel! Yeay! :P

Bila malam, saja kluar celebrate dekat Sekinchan Ikan Bakar, Setiawangsa. Memang recommended la ikan bakar dia. Sedap! Makan sampai licin kami anak beranak. :D Adik + Kakak pun makan banyakkkk ikan bakar dia. Hehehe....Kot2 ada yang berminat nak cuba, leh la try....Memang sedap!

Petang tadi lak, kami adik-beradik celebrate Hari Bapa ramai2. Meriah + happy jek masing2. Dapat banyak hadiah dari Mummy yang baru balik dari umrah. TQ ya Mummy. So nih antara menu2 yang ada....Kenyanggg! Alhamdulillah...Seronok saya rasa bila semua adik-beradik saya berkumpul. Macam nak pecah umah parents saya :P


Untuk bapak....

Terima kasih kami semua ucapkan atas pengorbanan bapak selama ini membesarkan kami. Tak terbalas jasa bapak pada kami. Pakar rujukan kami selama ini tatkala masing2 ada masalah. Biarpun tegas, tapi semua itu banyak membantu kami untuk hidup berdikari dan cemerlang dalam hidup...Moga bapak sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah dan dipanjang umur serta dimurahkan rezeki....Kami berlima sayangkan Bapak!

Dan untuk bapak2 yang lain....Selamat Hari Bapa ya! Semoga terus menjadi contoh yang baik untuk anak2 :) Antara wajah2 ceria seorang ayah....

My very blessed weekend.....I'm happy! :)

Wednesday, May 26, 2010

Dekat2

Saja jek tetiba malas nak buat keje, so update blog jap lah. Tetiba teringat anak2 di rumah :P Cepatla masa berlalu....

Saya rasa sekarang nih bila balik umah, memang langsung tak de keje saya leh buat melainkan layan anak2. Dari petang sampai la diorang tido, melayan diorang main je keje...

Kadang2 memang penat tapi mana la diorang paham kan. Tapi bila anak2 dah mula besar, terasa nak 'tambah' pun ada :P Tapi dah set dalam hati tak mo lagi buat masa nih selagi tak habis belajar :( *motivasi untuk habis cepat kah :P*

Oh lupa, Kakak+Adik rapat umurnya. Dulu saya macam takut gak tak leh nak cope bila ada 2 anak yang rapat. Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Dan sekarang saya rasa rugi sangat sebab terpaksa gapkan anak sebab saya sambung belajar :P :D

Naper saya suka anak rapat2? Sebab saya nampak diorang akan membesar sekali. Apa yang Kakak buat, Adik mesti akan ikut. Termasuklah mende yang tak elok :P Hehehe....Penat memang penat, tiada tolok bandingannya penat tuh. Tapi rasa puas hati sebab semua penat tuh dibayar dengan pahala ;)

Kalo kasik makan, dua2 akan saya suapkan. Suka sangat tengok anak2 membesar depan mata... Dulu dari baru boleh meniarap, skrg dah berjalan, sampai la dah boleh bercakap tanpa henti...

Tapi saya rasa lain orang ada pendapat masing2. Ada yang suka gapkan anak2, ada yang suka selang setahun. Tapi apa2pun semua tuh rezeki yang Allah bagi pada kita. Banyak ke sikit ke, harus sentiasa bersyukur dan kalo boleh, teruskan meminta selagi termampu ;)

Dengan umur yang dah semakin meningkat nih, adoyai, cepatla habis belajar :P

Anyhow, I should thank the Almighty for giving us what He has been given. We remain a truly happy family and perhaps, 2010 will bring us a truly remarkable year and so for the many years to come, with His blessed! InsyaAllah....

My strength...

p/s : Ya Allah, permudahkanlah urusan belajarku...Aminnn!

Friday, May 7, 2010

Selamat Hari Ibu (Part 2)

Dan di kesempatan ini jugak saya nak ucapkan 'Selamat Hari Ibu' untuk semua kawan2 saya yang telah bergelar ibu...Penatkan jadi ibu? Tak pe, semua tuh pahala free yang Allah bagi pada kita sebenarnya ;)

Ucapan Selamat Hari Ibu ini jugak saya tuju untuk ibu mertua saya yang mana jasanya terhadap kami sekeluarga tak penah kami lupakan...Terima kasih, Mama.

Untuk adik-beradik saya, Kak Ina, Kak Bad, Cha....selamat hari ibu gak. Kena contohi Mak la pas nih. Semoga menjadi ibu yang baik dan penyayang ;) Jom celebrate ramai2 jom!
Untuk kawan2....ramai sangat nak senarai tapi tak pe, saya nak jugak wish! Selamat Hari Ibu semua :)
- Nana, Lizah, Sabrina, Nasz, Kak liza, Kak Husna, Kak Suriani, Kak linda, Kas As, Mala, Fatin, Shikin Yang Yang, Kak Long Mai, Apis Jai, Wahizatul, Nadiatulhuda, Hedzuani, Asmawati, Mareena, Nadiah Hanim, Suzalwani, Sapura, Zubaidah, Ija, Ramziah, Kak Zaida, Kak Mar, Kak Zafira, Zatul, Ida, IT PNB : Farah, Linda, Sue, Kak Yan, etc, PWC : Erin, Sha, Isya, Aiza, ex-students saya yang sudah bergelar ibu dan ramai lagi yang saya tak dapat senaraikan di sini.
Banyak mende yang saya pelajari bila ramai kalangan kawan2 sudah pun bergelar ibu. Terima kasih atas kata2 semangat, dorongan, nasihat2 yang terhingga sepanjang saya bergelar ibu. Love u all! Mmmuaaahh!

Selamat Hari Ibu ya...enjoy setiap saat kita bergelar ibu. Pahala yang tak terhingga jika amanah yang diberi dilakukan dengan ikhlas ;)

Antara wajah2 ibu yang ada dalam simpanan saya ;) Ada lagi gambar lain, tapi takut berjela lak entry ni nanti. Heheh..... :P




Bersinar kan muka2 ibu muda nih? ;) Heeee.....
Hargailah saat2 kita bergelar ibu walaupun ianya memerlukan pengorbanan yang besar ;)

Love u all so much,

Selamat Hari Ibu (Part 1)

Hari2 adalah hari ibu sebenarnya bagi saya :P

Syukur alhamdulillah sebab mak saya masih sihat dan mampu memberi kasih sayang pada kami semua...anak2,menantu2 dan cucu2. How we feel so grateful to have a good momma like u, Mak...

Sayangnya kami pada Mak tak pernah berbelah bagi samalah seperti mana Mak sayangkan kami semua....

Segala masalah sentiasa dirujuk pada Mak baik masalah remeh-temeh sehinggalah masalah besar...Kadang2 terasa nyusahkan Mak tapi saya tak rasa Mak saya rasa mende tuh menyusahkan dia. Dulu masa kami kecik2, semua masalah kami adalah masalah dia. Sekarang nih pening mikirkan masalah2 cucu lak. Heheh....

Saya harap sangat saya boleh jadi seperti Mak saya. Orangnya penyabar sangat. Saya tak penah dengar dia tinggikan suara pada anak2...Malah semua anak dilayan sama rata. Saya tak penah dengar dia menceritakan keburukan/keaiban orang lain, semuanya bagi dia baik2 belaka....Saya suka melihat Mak luangkan masa dengan aktiviti2 keagamaan dan segala doa2 Mak selama ini terhadap kami sentiasa kami hargai. Kejayaan kami adik-beradik adalah berkat doa Mak selama ini yang mana kami rasa tak terbalas sampai la bila2....

Terima kasih atas kurniaan Allah kepada kami. Seorang ibu yang dianggap permata yang menyinar dulu, kini dan selamanya.

Terima kasih, Mak.....

Kami semua sayangkan Mak.....

Ena, Ejan, Jet, Cha, Adik....

Friday, April 23, 2010

Little warrior....

Alhamdullilah, my first ever nephew in my family... :) *jumping like a monkey :P*

Congratulation to my sister and her hubby, Elaisya+Hafiz, for their newborn baby boy...

Tomey!

This cute little baby was safely delivered on last Tuesday (20/4/2010) 1.20pm 2.21kg at 37 weeks and now he is under Dr's supervision at APSH. Hopefully tak lama Chik dekat hospital ya ;)

Will update more photos right after the baby is out from the hospital.... Nih je gambar buat masa nih sebab baby masih perlukan penjagaan 24 jam....Really pray hard for his health.

Hugs and kisses from his proud auntie ;)

Monday, April 5, 2010

Lauk ngidam

Yeay, ari nih saya mulakan hari saya dengan senyuman :)

Seronok pulak rasa weekend lepas sebab sesi memalaskan diri untuk keluar ke mana2 melainkan jusco untuk beli ikan + sayur :P

So the whole weekend we all spent rileks di rumah, main dengan anak2, swimming, jalan2 cari makan :) Lega rasa saya sebab dah lama teringin nak rileks2 layan anak2..Layan tv, main kejar2 satu rumah, main aci sembunyi....Penat okeh layan 2 orang anak kecik :D *tapi saya still tak kurus2 :P...haih!*

Oh saya tak tahu naper saya ngidam makan masakan melayu akhir2 nih. Rasanya tak pregnant kot :P
Dah seminggu saya teringin nak makan homecooked asam pedas ikan pari+begedel daging. Since busy, tak sempatlah saya nak masak masa weekdays hari tuh. So semalam baru saya masak sebab dah ngidam sangat dah. Tak mo yang beli, nak masak sendiri :P Heheh...

Masak campak2 jek ye :D Dalam 1 jam 15 minit, tadaaaa.....dah siap semua :) *tak suka lama2 di dapur*

Lepas dah makan, alahai seronoknya. Hilang semua rasa ngidam. Hehehe... Jap2, saya selalu dengar MyPartner komen dia buncit sebab saya. Saya tak rasa sebab saya pun :P Cuba tengok portion dia makan. Banyak kan? Portion lauk dalam gambar di atas tuh mostly dia yang abiskan. So nya, salah siapa kah itewww? :P Yang pasti, bukan salah saya kot :P :D


*gambar dr hp ye*

Lepas dah kenyang2 makan, maka sesi membuang balik lemak perlu dilakukan di sebelah petang...hehe.. apa lagik, swimming je lah anak beranak penuhkan kolam :D

Oh nih bak kata MyPartner.. "Oh takpa2, makan banyak2 nanti pi swimming". Masalahnya bila abis mandi, sepinggan lagi nasik dia makan. So sekali lagi, salah siapa kah iteww? Heeeee....

Happy Monday everyone! :)