Monday, August 13, 2012

Tindik telinga

Sedih pulak rasa bila tengok anak2 tindik telinga. Terasa masing2 macam dah besar. Esok2 dah masuk sekolah semua lama2 tinggalkan je Mama ngan Ayah. Ok dah, kang jauh plak saya pikir :D

Dah lama dah terasa nak tindik telinga budak2 nih. Saya sendiri tak berani nak tindik. Hehe..so tolak ke anak2 la. :D Bukan apa, saya suka tengok budak2 tindik telinga. Bila tanya Kakak dan Adik, sekali diorang ok nak tindik :)

Dua kali saya ulang-alik Jusco AU2. Haha..First pegi Adik je yang tindik. Kakak nangis2 takut. Bila balik umah, baru terasa nak tindik sebab tengok Adik relaks je lepas tindik. Makanya terpaksa pergi semula ke Poh Kong untuk tindik semula. Harga tindik RM20 dapat subang free. Tapinya subang nih sementara je kot sebab dia besi kan. Takut tak tahan ke telinga diorang.

Nih antara gambar2 yang sempat saya ambil. Saya tak berani nak tengok, makanya saya bawak bibik sekali untuk pegang anak2. Teehee :D Ayahnya balik lambat plak hari nih. Tapi bila pegi kali ke 2, saya tolak Ayahnya pulak untuk pegang Kakak. Saya memang tak leh tengok sebab ada rasa nak pitam pun ada :D 'Over!' :P



Harap2 tak de la nanah ke apa. Tapi saya rasa sakit sebenarnya sebab dia tak letak ubat bius ke apa. Tapi nasib baik diorang rileks je. Kalo bagi subang emas sebesar lengan pun, tak rasa saya nak tindik. Hehe..seram jekk! :D

K lah, nak sambung belek thesis. ;) Moga mata saya dapat bekerjasama dengan tuannya sebaik mungkin..Hoho!

Xoxo,

Sunday, August 12, 2012

Rajin

Saya tak tahu sama ada orang lain ada masalah yang sama dengan saya atau tidak. Masalah saya sekarang nih adalah untuk mendisplin anak2 dengan budaya minat buku. Bukan nak suruh diorang jadi ulat buku tapi at least belek jugak lah buku 20 minit sehari.. :D

Saya masih lagi dalam proses mendidik anak saya dengan masa belajar. Saya tak kisah pun andaikata nak main je satu hari tapinya kena selit jugak la dengan sesi ilmiah bersama mama :D Payah jugak sebenarnya nak ajar anak sendiri. Hehe.. Nak ajar anak orang kadang2 lebih senang dari anak sendiri. Ada je akal masing2 nak ngelat.. Saya sabarkan aje sebab saya yakin mungkin usaha nih kalo diteruskan, lambat laun minat jugak budak2 nih pada buku. InsyaAllah.. :)

Dengan kekangan masa saya untuk keperluan diri sendiri sebagai pelajar dan buat masa yang sama perlu tumpukan pada pelajaran anak2 jugak, memang macam robot jek rasa. Harap2 dah tak lama la saya akan habiskan belajar saya nih..insyaAllah. Niat di hati memang nak tumpukan pada keluarga lepas nih. Dah ala2 lintang-pukang pun ada masing2. Heheh...

Nih contoh gambar yang jarangggggg sekali berlaku :D Kadang2 adik yang rajin, kakak lak malas. Kadang2 tertukar pulak. Payah sungguh dua2 nak duduk belajar sama2. Tapi nih saya dah nampak kesan positif skit bila diorang dah mula menunjukkan minat bila tiba jam 8 malam :D diorang dah tahu apa yang diorang kena buat masa Mama layan berita :D


Mengharapkan suasana sebegini akan kekal sehinggalah diorang sedar kenapa Mama terlalu tegas dalam hal belajar :) Teringin sebenarnya nak tengok mereka menjadi insan yang berguna sebenarnya bila besar nanti sebab saya tahu yang zaman skrg memang mencabar nak membesarkan anak2. Moga Allah permudahkan segala urusan untuk melembutkan hati mereka ke arah kebaikan..InsyaAllah :)

Doakan ya! ;)

Friday, August 3, 2012

Lokek

Sebenarnya saya dah lama rasa nak tulis topik nih tapi takut kurang sesuai. Lagi 1,saya takut ianya lebih kepada pendapat peribadi sebenarnya. Cuma saya ada mesej yang nak disampaikan sebenarnya....

Berdasarkan pengalaman seciput saya mengajar students sebelum nih, saya dapat simpulkan yang orang Melayu kadang2 agak susah untuk berkongsi ilmu pengetahuan. Saya kadang2 hairan sebenarnya dengan mentaliti seperti nih. Bukan ke ilmu yang kita ada nih perlu dikongsi sebab kita dapat ilmu pun dari orang sudi berkongsi ilmu. Saya sendiri pun bangsa Melayu, tapi tak bermakna kita tak boleh tegur bangsa sendiri kan :)

Ok, serius sangat la topik nih. Malas pulak saya nak ulas. Tapi saya selalu berpesan kepada diri sendiri yang Allah akan permudahkan urusan kita kalo kita boleh permudahkan urusan orang lain. Jadi pada saya, tak guna kita lokek ilmu sebab ilmu yang ada di dada takkan berkembang kalo ianya hanya tersimpan dalam dada..Ok, dah makin serius la pulak topik nih :D

Bila tengok gambar kat bawah nih, makanan yang kita rasa mungkin kita boleh habiskan sorang, tapi bila dikongsi dengan kawan, rupa2nya kita masih boleh kenyang. In fact, kawan kita pun bertambah, pahala pun dapat ;)


Banyak lagi sebenarnya saya nak ulas tapinya takut ianya makin serius plus boring untuk dibaca. Saya sebenarnya suka melihat telatah orang dan menilai secara diam2 :D Bukan apa, yang baik kita boleh jadikan panduan, yang tak elok kita cuba jauhkan :)

Moga Allah lindungi kita dari sifat sebegini..InsyaAllah :)

Xoxo,

Wednesday, August 1, 2012

Tua setahun..

Ye, 2 hari lepas saya genap ** :) Dah berumur sebenarnya...Cepat sungguh masa berlalu. Bila tengok muka anak yang semakin membesar, memang terasa diri nih dah tua.. Moga Allah panjangkan umur saya dan diberikan kesihatan yang sempurna. Masih banyak yang saya ingin kecapi tapi cukup buat masa sekarang, memang saya terasa sangat bertuah kerana miliki keluarga yang betul2 membahagiakan.

Tapi yang pasti, saya nak sangat perbaiki diri nih ke arah kebaikan. Alhamdulillah, kalo ikutkan masa, memang sentiasa tak mengizinkan. Mana nak masak, tengok anak2 buat keje sekolah, ajar anak, belajar, dan macam2..Tapi saya dah tanamkan niat, biar sesibuk mana sekali pun, membaca Al-Quran jangan sekali dilupakan. Alhamdulillah, sampai skrg saya amalkan....Hari paling penat sekalipun at least saya habiskan jugak 2 muka surat Al-Quran. InsyaAllah, memang saya nak kekalkan amalan saya nih.

Buat masa skrg saya rasa sangat bertuah punya 2 orang anak perempuan. Niat di hati memang nak tambah tapinya saya masih dalam sesi menyudahkan eksperimen saya skrg nih. Takut pulak sebab saya bermain dengan high power laser. Memang macam kurang sesuai je untuk ibu yang mengandung. Harap2 cepatlah saya siapkan keje... :)

Saja saya selitkan gambar buah hati pengarang jantung saya :)

Sememangnya kita adalah manusia yang lemah yang selalu lalai dengan hal duniawi. I really hope I can be a better Muslim..InsyaAllah :)

Loves,