Oh kenapa la saya mudah sungguh kluarkan airmata lately nih nak2 hal anak2..
Bak kata MyPartner : Ratu Airmata :D
Kakak dah 2 hari dia rapat sangat ngan saya...
Saya tahu dia sedih tengok saya nangis sebabkan dia..
Nak kata saya nangis sebab marahkan dia..tak jugak.
Cuma kadang2 saya rasa saya penat dengan perihal anak2 yang tengah membesar.
Kadang2 ditegur salah, tak ditegur salah...
Tak pe, saya terima semua cabaran dengan hati yang terbuka menjadi ibu kepada dua anak kecil dan pada masa yang sama, saya serabut dengan urusan belajar saya.
Setahun je lagi tinggal untuk Mama habiskan keje Mama.
Kadang2 terasa sangat bersalah sebab saya tak punya banyak masa untuk anak2 tatkala anak2 tengah membesar..
Tapi tak pe, Mama janji, bila semuanya selesai..Mama akan bayar balik segala hutang masa Mama pada Kakak+Adik+MyPartner....
Moga Allah permudahkan segala urusan saya tatkala saya serabut dengan pelbagai masalah. Tiada apa yang membahagiakan saya buat masa ini melainkan melihat anak2 membesar dengan sihat....tu jek.
p/s : Wish me luck for my comprehensive exam ya!