Sunday, February 28, 2010

Jalan2

Lega rasanya cuti 3 hari nih. Rehat2kan badan di rumah, main ngan anak2....malas nak kluar jalan2 mana sebab cuaca sangat la panas. Dok umah sejuk la skit :)

Ok, nih antara aktiviti ringan sepanjang cuti tiga hari nih. Semalam pegi birthday Rina, sahabat baik Umaira merangkap jiran umah kitaorg. Rajin sungguh maknya masak macam2. Ada 4 keluarga jiran kumpul ramai2 makan2 borak2. Topik hangat semestinya kisah bibik masing2 la :P Adik tak ikut sebab dia tido tengahri, maka kakak je lah yang ikut. So nih ada gambar skit2 masa di rumah jiran tuh. Oh lupa, semua jiran tegur naper saya gunting rambut Umaira. Sedih pun ada nak jawab! Cepat la rambut kakak tumbuh balik :(



Lepas balik dari birthday party tuh, kitaorg ke Cyberpark Cyberjaya untuk jalan2. Sekali lagi saya ke park tuh sebab macam best masa party untuk Mikin tempoh hari. Yang bestnya tempat main kanak2 dia berbumbung, so tak la terik bawah cahaya matahari. Tapi masing2 memang berpeluh la. Tak larat saya nak kejar Kakak+Adik. Diorang main sampai merah muka + berpeluh. Bibik saya yang tak penah berpeluh tuh pun claimed yang dia 1st time berpeluh kat Malaysia nih. Hahaha....

So nih gambar2 yang saya tangkap di Cyberpark tuh...



Taman nih best nak datang sebab ada tasik yang luas untuk jogging2. Tapi saya tak jogging lah sebab tak larat. Panas terik! Kang sure 2 orang askar nih pun sibuk nak join jogging gak :P







Sebelum balik, sempat pose jap. Masing2 berpeluh cam mandi + dahaga. Mujurlah saya bawak bekal untuk berkelah walaupun tak de pun yang berkelah kat situ :P Yang tak bestnya kat sini tandas dia tak de air. Alih2 terpaksa singgah MMU jap cuci2 tangan dan buang apa yang patut :P



Lepas dah puas bermain, ingat nak gi makan2 jap kat Cyberjaya tapi tengok semua kedai cam tutup jek. So ke KL jek kami menuju... Semua balik dalam keadaan kepenatan. Malam tuh lak kakak ajak ke Jusco Au2 sebab nak tengok air pancut. Balik je dari Jusco, masing2 kepenatan dan tido lena sampai ke pagi :)

Best plak bawak keluarga jalan walaupun hari panas terik.. Bila lah nak hujan balik nih. Panas nyer..... :(

Monday, February 22, 2010

Kawan

~ This entry is specially dedicated to my friend * MIKIN*~

"To be depressed is to be lonely; to have a friend is to be happy..." - Guido

Oh my, I'm losing one of my friends in few days time :(

Sedihnya sebabnya dialah penyeri lab saya but now she is leaving us (all her labmates) for her new career as Pegawai Latihan Vokasional (PLV). Saya kenal Mikin nih masa saya masuk lab photonics tapi memang enjoy la kenal dengan dia. Happy je memanjang. Kawan yang boleh berkongsi tatkala ada masalah. So kitaorang pun plan untuk meraikan Mikin since dia dah keluar dari lab tuh. Hilang sorang kawan gosip saya :D

Plan punya plan, last2 ke Cyberpark kami tuju. Best sebab makan santai2 dengan kawan2..panas memang panas tapi tak pe lah, sekali sekala jek pun.

Menu untuk hari tuh : KFC, makaroni goreng, puding koktail ngan cikedis :D
Lokasi : Menara Cyberpark. (cantik taw tempat nih, sesuai nak santai2 dengan keluarga)

So ini gambar2 masa di Cyberpark. :)


Kami... Nora, Mikin, Zu, Gjah, Saya,Pura dan Apis!

Dah lama rasanya saya tak bergambar :P Biasanya saya suka menangkap gambar dari bergambar. Tapi that day since ada Apis dengan kamera mahalnya, maka saya pun tak de la snap apa2. :D

Wajah ceria memasing walaupun tengah panas terik :D Semuanya demi Mikin. Terharu tak Mikin? :D


Akhir kata dari kami semua : Jangan lupakan kami ya! Dan semoga berjaya dalam apa jua dugaan kehidupan. Semoga kita berjumpa lagi ;)

I don't remember how we happened to meet each other. I don't remember who got along with whom first. All I can remember is all of us must always be together.... Promise us ya Mikin... ;)

p/s : Credit to Apis for his good skill in snapping all the photos. I'm so touched! ;)

Friday, February 19, 2010

Nekad

Semasa entry ini ditulis, saya rasa saya masih waras lagi walaupun saya sudah hilang fokus pada pelajaran akhir2 ini....

Saya nekad untuk hantar bibik saya balik walaupun dia sepatutnya masih ada setahun lagi terikat dengan saya. Ye, saya sudah nekad.

Saya takkan bagi lagi peluang ke 5 untuknya sebab saya rasa saya dah banyak sangat kali peluang padanya untuk membetulkan segala tingkah laku yang tak sepatutnya dilakukan oleh seorang pembantu rumah.

Saya akui yang saya banyak belajar erti kesabaran dan kemaafan daripada MyPartner sebab dia adalah seorang yang sangat penyabar dan pemaaf. Tapi sekarang, saya sudah hilang kesabaran untuk memaafkan dia bagi kali yang ke 5.... Sekali lagi, saya akui yang tiap manusia punya ada kesilapan tapi andaikata kesilapan itu tak nak perbaiki, saya dah kehabisan kata2 untuk menegur...

Andaikata bibik saya dapat membaca entry ini, saya nak sangat dia tahu apa luahan isi hati seorang majikan yang saya kira sangat fleksibel selama ini dengannya ...

'Bibik....

Ibu rasa cukuplah setakat ini ibu memerlukan bibik. Ibu rasa tiap masa ibu banyak memikirkan masalah bibik dari masalah keluarga ibu. Ibu dah bagi banyak ruang untuk bibik perbaiki dan muhasabahkan diri tapi semua itu bibik sia2kan. Ye, memang ibu jenis majikan yang banyak bagi kebebasan pada bibik tapi tak bereti ibu tak perlu dihormati. Tempoh hari masa bibik menengking ibu dan bapak gara2 menegur kesilapan bibik, ibu rasa cukuplah setakat itu. Walaupun ibu dan bapak lebih muda dari bibik, tak bermakna bibik tak perlu hormatkan kami. Andaikata bibik tak nak hormatkan ibu, ibu tak kisah tapi jangan sampai hilang rasa hormat dengan bapak sebab bapak tak pernah buat silap dengan bibik selama ini...

Walaupun hati ibu berat untuk menghantar bibik pulang sebab memikirkan bibik ini ibu tunggal dan anak2 masih memerlukan wang untuk bersekolah, tapi ibu rasa kesabaran ibu cukup setakat ini. Berlinangan airmata ibu bila memikirkan masa depan bibik bila pulang nanti, tapi hati ibu agak keras kali ini untuk memaafkan bibik. Ibu tidak pernah berkira wang ringgit ibu, penat lelah ibu selama ini tapi bila segala pengorbanan ibu tidak dihargai, ibu rasa cukuplah setakat ini.... Memang ibu banyak terhutang budi dengan bibik sepanjang tempoh bibik bekerja dengan ibu, tapi semua itu akan ibu simpan sebagai kenangan yang takkan terbalas dengan wang ringgit dan moga Allah saja yang dapat membalas segala jasa bibik pada ibu sekeluarga.

Maafkan ibu... '

Sebak saya rasa masa menulis entry ini. Tapi hati saya berat untuk bagi peluang lagi padanya. Harap takkan ada dendam yang tersimpan antara saya dan bibik saya. Selebihnya saya serahkan pada Allah untuk bantu saya kembali semula ke semangat baru yang sudah hilang.....InsyaAllah.

:(

Wednesday, February 17, 2010

Over and over again...

Been suggested by many of my friends long time ago but now, I really need this thing to be installed in my house…



Why? Because I cannot trust any outside people that live with me anymore ….
Try to be good in front of me but the true things, only Allah knows…

Again….
Should I forgive her/him and forget whatever she/he did to me?
Oh my, I’m not that good in forgiving people after she/he betrayed all my trust!

What a very sad day….

Picture googled.

Monday, February 15, 2010

Pau Tanjung Malim

First and foremost, Al-Fatihah to my late grandfather who has passed away on last Friday. May his soul rest in peace. Amin...

Sekarang saya kat kg. Pulang bercuti sempena tahlil arwah + cuti Tahun Baru Cina.

Burp! *Excuse me!*... Akhirnya merasa jugak saya makan pau Tanjung Malim yang famous itew. Tadi pagi MyPartner bawak saya+anak2 jalan2 Tanjung Malim. Kecik je pekan dia tapi nampak tenang la. Saja jalan2 UPSI, Proton City... dan beli pau :P

Saja jek letak gambar kedai kot2 ada yang teringin nak pi makan pas ni kan....Kedai dia betul2 dekat simpang traffic light sebaik masuk Tanjung Malim. Bertentangan dengan kuil Hindu. Nama kedai : Yik Mun. Pau nih dijamin halal sebab ada tanda halal yang sah. Tapi saya cuma cuba pau kacang + kaya jek :P


Nih gambar kakak yang excited tengok pau. Bau dia sangat la harum semerbak! Kalo makan tengah panas memang sedap...



Sangat sedap pau nih. Patutlah dia claimed 'The Famous Tanjung Malim Pau!'. Memang superb rasa dia.



Sebagai bukti yang pau nih halal...cuba tengok! So jangan risau bila makan :)


So sapa2 nak cuba, boleh la ke Tanjung Malim pas nih. Memang tak nyesal travel jauh semata2 nak makan pau nih ;)

Oh ya, MyPartner kena saman masa on the way ke Tanjung Malim :P Sah2 bukan speeding sebab MyPartner bukan jenis speed2 pun masa driving. Tapi kesalahan salah lorong :P Pelik x?...Tapi tak pe lah, nanti bayar je lah. Ada la tuh kot duit bulan nih disalahgunakan. Sebab tuh kena saman :D *positive thinker :P*

K lah, nak tido dah. Ngantuk!

Daa~

Friday, February 12, 2010

Perempuan oh perempuan!

Walaupun saya nih perempuan tapi saya rasa sangat kelaka pulak bila tengok video nih. Perempuan oh perempuan :D



Kelakar kan? Hehe.. tapi saya rasa saya dulu pun cam tuh gak masa awal2 dapat lesen. Memang fail la bila time parking. Tapi sekarang tidak lagi ye walaupun still cam kura2 :P

Tapi ada baiknya women drivers nih. Sangat berhati2! Bila sampai pada simpang, mesti kasik isyarat nak belok :) Bagus kan? Sentiasa ikut peraturan jalanraya ;) Diharap kita semua dijauhkan dari musibah yang tak baik la sepanjang memandu di jalanraya....

Anyway, enjoy the video clip tatkala nak menunggu jam kol 5 dan bercutiii panjangggg! Yeay!

Wednesday, February 10, 2010

Puding koktel

Oh saya baru saja lepas masak puding koktel. Panas giler rasa malam nih.... :(


Oh naper saya terlebih rajin masakkan puding? Sebabnya esok MyPartner ada majlis sambutan Tahun Baru Cina dekat ofis dia. Yang kelakarnya saya tak tahu nak masak apa sebab kat department dia tu cuma dia jek Melayu seorang. Yang lain semua cina2 belaka :P Takkan saya nak masak karipap, nasik goreng kampung lak kan :P Kang tak de yang nak makan. So nya saya buatkan puding koktel je lah. Makanan universal yang semua orang makan kot. Kalo diorang tak makan jugak, maknanya tak sedap la kot saya masak :D

K lah, here are my dumb ways of cooking coctail pudding. Simple jek....(sila abaikan gambar yang agak blur nih sebab pakai kamera handphone :D)




Tadaaaaa...tak sampai 30 minit, puding pun siap masak.



Banyakkan? Saya masak seperiuk besar sebab MyPartner nya officemates ramai. Plus saya nak bawak ke lab untuk kawan2 makan sama2. Oh ya, untuk Sha ngan Aiza pun ada gak ye. Nanti mintak pada Heemi k ;) Yang selebihnya untuk dibagi pada kawan2 playground Umaira+Rihanna :)

Overall : Saya happy walaupun penat sebab dapat masak pudding dalam portion yang banyak! Tak penah2 saya masak sebanyak nih. Teehee :D Gelabah jugak la. Tapi tak tahu la sedap ke tak :P

Last but not least, I would like to take this opportunity to wish all my Chinese friends a very happy and prosperous Year of the Tiger. Drive safely and eat wisely k ;)!
And to everyone else, enjoy your holiday k!

Daa~ ;)

Tuesday, February 9, 2010

Come and join us..

Bersawang lak blog saya nih...busy lah lately :D

I would like to promote to those who are interested to join this meeting :

In conjunction with the 10th anniversary since its establishment, Photonics and Fiber Optics System Laboratory (PFOS), Universiti Putra Malaysia is organizing a topical meeting as follows:

Name : Topical Meeting on Photonics 2010 (http://tmp10.tk/)
Date : 14th-15th June 2010
Venue : Faculty of Engineering, University Putra Malaysia

We are also looking forward participation by your colleagues/peers/students. To support the expenses of the event, we would like to ask for minimum contribution in the form of registration fee of RM250 per participant.

Your participation will do us great honor. If you have any queries, please do not hesitate to call or email our contact person :

Yeo Kwok Shien ; yeo.kwok.shien@gmail.com
Nelidya ; nelidya@ic.utm.my

Here are the committee members (saja jek letak :D) :




Hope to see u there k ;)!
Daa~

Thursday, February 4, 2010

Gunting rambut

Sori sebab lama tak update sebab busy meh....
Oh ya, paper journal saya baru jek kena reject. Ngeh3! Tapi tak pe, saya tak nak putus asa. Akan cuba untuk submit ke journal lain lak :P Harap2 tak kena reject lagiii pas nih :D

Ok, nak update citer hujung minggu ari tuh. Kakak gunting rambut untuk kali ke 3 dalam hidup dia. Asalnya nak biarkan dia rambut panjang, tapinya asyik naik ruam sebab dia kuat berpeluh. So nya MyPartner kasik la dia potong rambut. Potong kat kampung sebab murahhhhh gilerrrr kat sana :P

So nih aksi2 kakak potong rambut. Kali nih dia tak nangis sebabnya yang potong tuh Cina. Last time nangis giler sebab yang potong tuh adalah Mamak :D U guys can guess the reason la kot naper kakak nangis :D

Mula2 kakak ok jek tapi lama2 bila dah panas buntut, mula la tak senang duduk. Heheh... Sedih pulak saya tengok kakak potong rambut. Sebab rasa cam Kakak dah besar lah :(

Tadaaa, nih hasilnya. Tak seperti yang diharapkan benanrnya. Saya tak nak lah pendek sangat tapi alih2 bila dah siap, rasa cam laki pulak :(



Tak pe lah, lama2 panjang lah nanti. Sedih lak saya masa mandikan dia lepas balik dr potong rambut. Mengalir lak airmata sebab tengok kepala dia dah togel macam tuh.
Bak kata MyPartner, tak pelah....nanti lama2 panjang la tuh rambut dia :(

p/s : Tapi bila pandang ari2, terasa lamaaaa nya rambut dia nak panjang balik. Adeh! Sedihnya Mama :(