Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Friday, May 7, 2010

Selamat Hari Ibu (Part 2)

Dan di kesempatan ini jugak saya nak ucapkan 'Selamat Hari Ibu' untuk semua kawan2 saya yang telah bergelar ibu...Penatkan jadi ibu? Tak pe, semua tuh pahala free yang Allah bagi pada kita sebenarnya ;)

Ucapan Selamat Hari Ibu ini jugak saya tuju untuk ibu mertua saya yang mana jasanya terhadap kami sekeluarga tak penah kami lupakan...Terima kasih, Mama.

Untuk adik-beradik saya, Kak Ina, Kak Bad, Cha....selamat hari ibu gak. Kena contohi Mak la pas nih. Semoga menjadi ibu yang baik dan penyayang ;) Jom celebrate ramai2 jom!
Untuk kawan2....ramai sangat nak senarai tapi tak pe, saya nak jugak wish! Selamat Hari Ibu semua :)
- Nana, Lizah, Sabrina, Nasz, Kak liza, Kak Husna, Kak Suriani, Kak linda, Kas As, Mala, Fatin, Shikin Yang Yang, Kak Long Mai, Apis Jai, Wahizatul, Nadiatulhuda, Hedzuani, Asmawati, Mareena, Nadiah Hanim, Suzalwani, Sapura, Zubaidah, Ija, Ramziah, Kak Zaida, Kak Mar, Kak Zafira, Zatul, Ida, IT PNB : Farah, Linda, Sue, Kak Yan, etc, PWC : Erin, Sha, Isya, Aiza, ex-students saya yang sudah bergelar ibu dan ramai lagi yang saya tak dapat senaraikan di sini.
Banyak mende yang saya pelajari bila ramai kalangan kawan2 sudah pun bergelar ibu. Terima kasih atas kata2 semangat, dorongan, nasihat2 yang terhingga sepanjang saya bergelar ibu. Love u all! Mmmuaaahh!

Selamat Hari Ibu ya...enjoy setiap saat kita bergelar ibu. Pahala yang tak terhingga jika amanah yang diberi dilakukan dengan ikhlas ;)

Antara wajah2 ibu yang ada dalam simpanan saya ;) Ada lagi gambar lain, tapi takut berjela lak entry ni nanti. Heheh..... :P




Bersinar kan muka2 ibu muda nih? ;) Heeee.....
Hargailah saat2 kita bergelar ibu walaupun ianya memerlukan pengorbanan yang besar ;)

Love u all so much,

Tuesday, May 4, 2010

Mikin kembali

Hehe...makcik PLV kita kembali memeriahkan lab jumaat lepas :P

Disebabkan kitaorg lama giler tunggu dia untuk lunch (sesat2 plak nak datang UPM :P), maka lunch ari tuh ditaja sepenuhnya oleh Mikin :D Yeay!

Bagi menghormati ibu yang sedang sarat mengandung dan teringinkan makan Secret Recipe (Pura), maka terpaksa lah Mikin setuju jek. Heheh.. lagi pun nih 1st time blanja nih pas dah mula bekerja kan ;)

SO nih gambar2 kitaorg kluar makan ramai2. Best plak gossip2 di petang Jumaat. Tak tahu la naper asalkan jumaat jek sure mood ke laut. TGIF! :D Heee...setiap minggu sure gitew.

Kami....Datang makan berlima jek tapi separuh kek yang besar leh dihabiskan. Tapi memang la, masing2 lapar sebab dah pukul 3 :P Sedap plak kek nih...nak sebijik lagi leh tak Mikin? Kena pujuk pura la cakap baby nak makan :P Heee....

Licin kan kami makan....semuanya InsyaAllah dapat suami soleh! Aminnnnn.... :)

Toche Mikin...lain kali seround lagi k! :)

Tuesday, April 20, 2010

Sepetang @ Setiawangsa

Hujung minggu ari tuh ada sesi gathering di umah Mareena. Umahnya sekangkang kera jek ngan umah saya. Sepelaung je kot saya rasa :D

Tujuannya saja jumpa2 setelah lama tak berjumpa ;) Saya tak tahu pun kata potluck sebab Mareena tak cakap pun. Haih! Maka ari tuh saya datang dengan tangan kosong jek sebab memang kelam kabut habis dengan hujan lebat, terlama lak kat Pc Fair, pastuh antar anak2 pi umah Atuk dulu, then baru gi umah Mareena. Ramai yang datang...ada Nad, As, Zaf, Sunoor, Suzal dan ofkos tuan rumah, Mareenna aka mummy Maaz yang tomei lote! Lama sungguh tak jumpa diorang nih walaupun umah ada yang sekangkang kera jek.. :P Tak pa, lain kali buat kat umah saya lak sebab korag tak penah mai umah kan :)

So nih gambar2 yang saya tangkap. Tak reti betul la saya nak upload gambar kat fb, makanya kat blog je lah saya letak...memasing dengan anak2 melainkan saya yang datang berdua dengan MyPartner..ehem2 :D Terasa bujang lak. Heeeeeee......

Maka sesi bergossip bermula dari ruang tamu sampai terbawa2 ke dapur. Ngeh2! Biasa la kalo jumpa member, nak2 pompuan2 lak tuh, haih...lupa diri jap kata mak orang :D Memasing maintain jek badan okeh melainkan saya :P


Makanan semua sedap2 tapi saya makan skit jek sebab ada ulcer yang banyak lah dalam mulut. Nak senyum pun menyeksakan..haih! Tapi MyPartner, as usual, makan tak ingat dunia :D

Nih gambar kami semua dengan anak2... Nanti bebila leh buat playdate untuk anak2 lak. :) Rasa bersalah lak tak bawak Kakak+Adik sebab memasing sibuk nak gi umah Atuk petang tuh. Tak pelah, kasik can kat mama ngan ayah nak dating jap kan :) Heeee....

p/s : Tahniah kepada Cik Sunoor sebab bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagik ;) I'm happy for u.......

Monday, February 22, 2010

Kawan

~ This entry is specially dedicated to my friend * MIKIN*~

"To be depressed is to be lonely; to have a friend is to be happy..." - Guido

Oh my, I'm losing one of my friends in few days time :(

Sedihnya sebabnya dialah penyeri lab saya but now she is leaving us (all her labmates) for her new career as Pegawai Latihan Vokasional (PLV). Saya kenal Mikin nih masa saya masuk lab photonics tapi memang enjoy la kenal dengan dia. Happy je memanjang. Kawan yang boleh berkongsi tatkala ada masalah. So kitaorang pun plan untuk meraikan Mikin since dia dah keluar dari lab tuh. Hilang sorang kawan gosip saya :D

Plan punya plan, last2 ke Cyberpark kami tuju. Best sebab makan santai2 dengan kawan2..panas memang panas tapi tak pe lah, sekali sekala jek pun.

Menu untuk hari tuh : KFC, makaroni goreng, puding koktail ngan cikedis :D
Lokasi : Menara Cyberpark. (cantik taw tempat nih, sesuai nak santai2 dengan keluarga)

So ini gambar2 masa di Cyberpark. :)


Kami... Nora, Mikin, Zu, Gjah, Saya,Pura dan Apis!

Dah lama rasanya saya tak bergambar :P Biasanya saya suka menangkap gambar dari bergambar. Tapi that day since ada Apis dengan kamera mahalnya, maka saya pun tak de la snap apa2. :D

Wajah ceria memasing walaupun tengah panas terik :D Semuanya demi Mikin. Terharu tak Mikin? :D


Akhir kata dari kami semua : Jangan lupakan kami ya! Dan semoga berjaya dalam apa jua dugaan kehidupan. Semoga kita berjumpa lagi ;)

I don't remember how we happened to meet each other. I don't remember who got along with whom first. All I can remember is all of us must always be together.... Promise us ya Mikin... ;)

p/s : Credit to Apis for his good skill in snapping all the photos. I'm so touched! ;)

Tuesday, January 5, 2010

Cukur Jambul Amira Zaara

Sabtu lepas kitaorg ke Hartamas sebab ada majlis cukur jambul anak Shaheera, Amira Zaara...
Sangat comey baby Zaara nih..Tak meragam pun sepanjang majlis berlangsung. Macam taw2 jek itu majlis dia :)

Yang diraikan...Amira Zaara :) Semoga membesar dengan sihat dan jadilah anak yang solehah, membahagiakan kedua orang tua...

Close up gambar Zaara from my-not-so-good camera :P



Sekitar majlis berlangsung..



The babies + Kakak...masa nih Isyraf menghilang main di luar. Kalo tak, leh tangkap gambar diorang nih sama2..



And not to forget, gambar Mama Zaara yang still dalam pantang ;)



Ok, all of us together in one big frame ;)



Kenyang okeh balik dari majlis nih sebab makanan sedap2 :)

To Sha : Jaga diri baik2 ye sepanjang tempoh berpantang and please send my hugs and kisses to Aisya and baby Zaara k!

p/s : Nampak tak candy besar yang Kakak Umaira pegang? TQ to Isya sebab bagi candy kat Umaira. Paris mariiii lagii :). Toche2 Isya.

Wednesday, August 19, 2009

Takziah...

Saya nak umumkan kepada sesiapa yang mengenali kak Norulhusna..Ibunya telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi setelah seminggu lebih berada di ICU kerana serangan virus H1N1. Semoga kak Husna sekeluarga tabah menghadapi ujian dariNya dan sama2lah kita menyedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Salimah Binti Ahmad...Semoga arwah ibunya ditempatkan di kalangan golongan yang beriman. Amin. Sesungguhnya daripadaNya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali.

.
.
.
.
.
.
.
.

Tetiba saya teringatkan sebuah nukilan kata2 yang maksudnya sangat mendalam bagi saya. Ia mengingatkan saya tentang kematian....

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…


Sama2lah kita ingat-mengingati yang ajal maut rezeki semua di tangan Allah. Mintalah padaNya selalu agar kita dikurniakan kesejahteraan hidup, kesihatan dan segalanya kerana Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...InsyaAllah.




Monday, July 6, 2009

BBQ @ Puncak Perdana

OK, right after we came back from the kenduri, we then rushed to Puncak Perdana to attend Fatin's BBQ Party cum gathering party among UTM's forecast students. Jauh jugak Puncak Perdana. Situated right in front of UITM Puncak Perdana. We were not familiar with that area because we have not been there before this. So with the help of my-new-garmin-mobile, we just followed the route. We decided to choose the faster route and surprisingly we noticed that this GPS guided us using all the highways available in KL and Selangor. GOSH! :P Macam masuk semua highway je and luckily we were safely arrived at Fatin's house. Rumahnya cam agam indah jek. Ada swimming pool lagi. Mujur Hanna dan Umaira well behaved. Kalo tak, mesti ada yang terjun masuk kolam :P

Fatin is my coursemate during my degree. And his husband, Helmi, is MyPartner's close friend. The last time we met was during Hari Raya Aidilfitri. Currently Helmi is working in Beijing and Fatin is a fulltime housewife. Tabik spring la untuk Fatin sebab manage nak jaga 3 orang anak tanpa bantuan maid :) Kalo saya, sure dah pengsan :P

The food was yummy and the best part is we chit-chatting aka gossiping among each other. Most of us already have kids . How time flies kan? Oh me just wearing a long shirt jek sebab ingatkan BBQ kan ala2 santai. Sekali rupanya majoriti pakai formal dress :P Segan pun ye. Teehee :P

Here goes the pictures :



Ada kambing golek. Sangat yummy! This is for Farizah's akikah. Best jugak buat ala2 BBQ. Nampak cool je :)



Us together :)

Balik dengan happy sebab kenyang kan. Reached home around 7.45 pm. Really enjoy the great time spent together :)

Wednesday, June 17, 2009

Lets the best happen!

I would to take this opportunity to wish my dearie friend, NadiatulHuda Zulkifli :

With my
1 Heart...
2 eyes...
5 litre blood...
206 bones...
1.2million Red Cells...
60 trillion D.N.A.'s...

I would like to wish u :


"All the very best of luck in your viva voce. May Allah always be with you"


p/s : Nad, buat yang terbaik ya. I'm sure you will pass it with flying colours! No worries. Should I call u Dr Nadiatul after this :) ?

Hugs & kisses...