Lega rasanya cuti 3 hari nih. Rehat2kan badan di rumah, main ngan anak2....malas nak kluar jalan2 mana sebab cuaca sangat la panas. Dok umah sejuk la skit :)
Ok, nih antara aktiviti ringan sepanjang cuti tiga hari nih. Semalam pegi birthday Rina, sahabat baik Umaira merangkap jiran umah kitaorg. Rajin sungguh maknya masak macam2. Ada 4 keluarga jiran kumpul ramai2 makan2 borak2. Topik hangat semestinya kisah bibik masing2 la :P Adik tak ikut sebab dia tido tengahri, maka kakak je lah yang ikut. So nih ada gambar skit2 masa di rumah jiran tuh. Oh lupa, semua jiran tegur naper saya gunting rambut Umaira. Sedih pun ada nak jawab! Cepat la rambut kakak tumbuh balik :(
Lepas balik dari birthday party tuh, kitaorg ke Cyberpark Cyberjaya untuk jalan2. Sekali lagi saya ke park tuh sebab macam best masa party untuk Mikin tempoh hari. Yang bestnya tempat main kanak2 dia berbumbung, so tak la terik bawah cahaya matahari. Tapi masing2 memang berpeluh la. Tak larat saya nak kejar Kakak+Adik. Diorang main sampai merah muka + berpeluh. Bibik saya yang tak penah berpeluh tuh pun claimed yang dia 1st time berpeluh kat Malaysia nih. Hahaha....
So nih gambar2 yang saya tangkap di Cyberpark tuh...
Taman nih best nak datang sebab ada tasik yang luas untuk jogging2. Tapi saya tak jogging lah sebab tak larat. Panas terik! Kang sure 2 orang askar nih pun sibuk nak join jogging gak :P
Sebelum balik, sempat pose jap. Masing2 berpeluh cam mandi + dahaga. Mujurlah saya bawak bekal untuk berkelah walaupun tak de pun yang berkelah kat situ :P Yang tak bestnya kat sini tandas dia tak de air. Alih2 terpaksa singgah MMU jap cuci2 tangan dan buang apa yang patut :P
Lepas dah puas bermain, ingat nak gi makan2 jap kat Cyberjaya tapi tengok semua kedai cam tutup jek. So ke KL jek kami menuju... Semua balik dalam keadaan kepenatan. Malam tuh lak kakak ajak ke Jusco Au2 sebab nak tengok air pancut. Balik je dari Jusco, masing2 kepenatan dan tido lena sampai ke pagi :)
Best plak bawak keluarga jalan walaupun hari panas terik.. Bila lah nak hujan balik nih. Panas nyer..... :(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
neli, ko ni dah makin kurus ke? jelesnya!
comel la muka anak2 ko ni..geram tengok!
ish ko nih fit, bila masa lak aku makin kuruih? sama jek aku rasa. tiap kali naik mesin penimbang, sama jek berat aku...Grrr!
sah2 ilusi optik ko nih :P :D
rambut kakak pendek comel apa..nmpak cam agnes monica!
hahahahhaa rambut umaira sebijik macam rambut nurin.. kekadang nyesal gak bile pendek sgt, kkdg lak rase ok sbb xlah dia naik ruam n nampak kemas + senang jage... :-)
cha : :)
linda : oh nurin pun potong rambut ya? :) kdg2 bila pikir balik, macam mujur potong sebab sekarang tenagh panas kan. Tapi bila pandang hari2, adeh, lambatnya nak tumbuh....
Post a Comment