Friday, August 28, 2009

Hotel halal..

What a shocking news??!! I received an email from one of my friends saying that only 27 hotels jek yang mintak sijil halal kat Malaysia nih.. How about the rest? I dunno...

Nak2 bulan Ramadan nih ramai jek suka bukak puasa di hotel kan...So kena la hati2 ye sebab apa makanan yang kita makanan akan menjadi darah daging kita. Saya memang tak de niat la nak bukak kat hotel sebab mahal sangat. Sekali makan RM60 laa...Bukannya nak makan banyak pun...Abis2 sangat sepinggan nasi, 3 potong buah, 2 gelas air pun dah kenyang. Tak berbaloi langsung la pulak bayar mahal kan...

So, sapa2 yang nak makan kat hotel, hati2 ye. Check dulu status kehalalannya, baru pegi makan... :)

Pendek kata, homecook meal jugak yang selamat, jimat dan bersih :)

Selamat berbuka ya... << awal pulak wish :D!

Thursday, August 27, 2009

8888

Yeay, saya orang yang ke 8888 view blog nih. Ada ong kalo dalam masyarakat Cina. Hehehe....

Oh entry nih adalah sesi luahan rasa tidak puashati ye. So please bare yourself ya :)

Bengang betul saya pagi nih. Saya geram betul dengan pengguna jalanraya yang suka bawak laju. Apa faedahnya ek kalo bawak laju? Memang la cepat sampai ke destinasi tapi kalo mengancam nyawa, tak guna jugak kan? Saya nih jenis bawak 80 km/j. Memang slow tapi at least saya tak membahayakan diri sendiri. Bagi saya, biar lambat asalkan selamat. MyPartner pun jenis bawak 80 km/j jugak. So for me it is not a big deal. Saya selalu tengok orang suka perli MyPartner bawak slow, but hey, he has another 3 lives waiting for him at home....So, please, kalo tak sayang diri sendiri, ingatlah orang yang tersayang...... :)

Yang paling kelakar, baru2 nih masa saya tengah bawak kereta balik dari UPM, ada sorang penunggang motosikal nih...Dia pakai topeng sebab takut H1N1 kot. Good! Tapi buat masa yang sama, dia cakap tel sambil menunggang. Tak tahu nak kategorikan dia sayang nyawa ke tak....Takutkan H1N1 tapi tak takut pulak nyawa melayang kalo terlanggar..Nauzubillah!

K lah, saja nak ingatkan diri sendiri pepagi nih.

Bulan baik, hari baik, sama2lah berhati2 di jalanraya ya..... :)

Have a nice day, peeps!

p/s: Kenapa saya perasan dalam Berita TV3 boleh vote samada perlukah kerajaan memberi bonus pada kakitangan awam. Tahun nih tak de bonus kah? Errmmmm.....

Tuesday, August 25, 2009

Letters

I received two differents letters today. One brings me the good news and the other one brings me the bad news :P Let me start with the good news first.

Good News :

My supervisory committee has been appointed. Yeehaa! My supervisor remains Prof Dr Adzir and my co-supervisors are Dr Fauzi and Dr Salasiah. Well, what I need to do now is trying to be more focus on my research as I am in the second semester now :P No more playing, no more yeah2...:P Currently I have set my mind that I want to finish my PhD in 2 years time. Sounds so impossible right? Well, everything is possible if we work hard ;)

(Saja jek set abis cepat, ntah2 drag to 3 years gak nanti. Tapi TAK BOLE! I want to plan for a baby. So that's why I need to finish it as soon as possible :P ) << Ini je lah target saya buat masa ini untuk memotivasikan saya supaya cepat abis :)... Nak jadi Prof Madya ke apa, itu tak terlintas langsung sebab saya nih jenis sangat la tak ambitious :P

Bad News :

My MTSF has been politely rejected! Teehee :( Well, I never put any hope on this grant :P. Some said that it so difficult to get this grant as it only give to 5 lucky applicants. Of course not me laa :P

The only that cheer me up today is I already got my salary today. Yeehaa! Need to do some mind therapies as the raya is coming soon :) Oh ya, my payday for next month is on 10/9. Awal kan? Risau betul la kasik awal2, sure abis awal... :P I need to do some wise planning on my money. Or else, ia akan habis dalam sekelip mata dengan jayanya........


Happy fasting everyone! :)


Sunday, August 23, 2009

:-)

Yeay, rasa puashati ari nih sebab berjaya sediakan makanan untuk keluarga berbuka puasa :) Kenapa saya rasa puashati? Sebab tadi agak terkejar2 jugak balik dari kampung. Sampai rumah pun dah pukul 4.30 petang. Tapi hati nih tetap berkeras nak masakan makanan berbuka. Tak nak beli2. Kenapa saya tak suka beli lauk di pasar Ramadan? Sebab :

- mudah basi
- kesedapannya belum tentu sedap
- mahal..kadang2 tak berbaloi dengan kuantiti
- saya memang akan cirit-birit kalo makan makanan beli. Perut sangat sensitif laa :P

So nya tadi saya gagahkan jugak masak. Macam lipas kudung jugak sebab dengan kerenah anak2 lagik. Memang cabaran betul berpuasa kali nih. Apa yang saya sempat masak tadi?

- Ayam masak lemak
- Sayur kacang panjang + hati ayam
- Ikan masin goreng
- Cucur ikan bilis



Oklah kot saya rasa untuk tekak 3 orang yang berpuasa :P Dumb cooking jek dengan masa yang suntuk nak berbuka. Sedap ke idak itu lain kira. Janji niat saya nak masakkan sepenuhnya sepanjang bulan Ramadan nih tertunai. :)

Hari nih cabaran paling besar rasanya sebab sahur tadi Umaira pun bangun sibuk nak makan sekali. Bila balik rumah pula, masa berbuka, Adik+Kakak menempel je kat riba mama nak bukak puasa sekali. Dengan bergaduh berebutkan sudu laa, cawan laa, buatkan saya makan sikit jek berbuka tadi sebab penat layan kerenah diorang. Takpe lah, orang lain lagi besar cabarannya kot. Sabar jek lah... Dengan harapan, cepat lah saya kurus masa bulan Ramadan nih. Teehee :D

K lah, penat rasa ari nih. Sakit tumit, sakit lutut, sakit pinggang...sakit segala2nya. Nak rehat....

Daa...

Saturday, August 22, 2009

1st Ramadan

Ramadan is here again. I'm welcoming Ramadan with a big smile on my face and a big smile in my heart.... :)

Ok, since today we have an appoinment with the doc, so we went to APSH early in the morning because we want to avoid any long queue as we knew that this hospital is currently flooding with H1N1 cases. Right before we entered the entrance of the hospital, we were stopped by the hospital's staffs to do the body screening test. So cool ok because they checked our body temperature and we were asked to clean up our hands with sanitizer. Good!



We were quite suprised to see none of people was in the clinic. Good! So no more long queue. And today, Adik was crying while having her chicken pox injection. Hehehe...It's ok, Dear! I know that it's very painful to you, Dear! :) Your soft skin really cannot tolerate with the painful of a small needle. Next time be strong ya my dear!



K lah...nothing to write :P Just a simple update on what I did on the 1st day of Ramadan. Oh ya, currently I'm at my kampung. Spend good time with my family on the 1st day of Ramadan..;)

My last words for today :

Alhamdulillah that I live to meet and embrace another wonderful and peaceful Ramadan , Insya'Allah. It's time to fast....fast from everything and do it for Him. I would like to wish all gentle readers , loving family & friends my sincerest best wishes for this Ramadan. As Muslims, we know that the Holy month of Ramadan marks an important time in the Islamic calendar. So, double up your Doa's , double up your Jariah's & double up your Sadakah's..... ;)

Thursday, August 20, 2009

Ramadan kini menjelma

Salam Ramadan dari saya sekeluarga...

Petikan di bawah saya perolehi dari seorang kawan dan saya ingin berkongsi dengan semua agar amalan kita di Bulan Ramadan kali ini lebih mendapat keberkatan daripadaNya. InsyaAllah....

Kesilapan Muslim dalam Bulan Ramadhan

Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya.. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari

Dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.


9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur.

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakati ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai dimasjid tanpa menjaga aurat.

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram,

Samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Renung-renungkan & Selamat beramal

Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA


Wednesday, August 19, 2009

Takziah...

Saya nak umumkan kepada sesiapa yang mengenali kak Norulhusna..Ibunya telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi setelah seminggu lebih berada di ICU kerana serangan virus H1N1. Semoga kak Husna sekeluarga tabah menghadapi ujian dariNya dan sama2lah kita menyedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Salimah Binti Ahmad...Semoga arwah ibunya ditempatkan di kalangan golongan yang beriman. Amin. Sesungguhnya daripadaNya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali.

.
.
.
.
.
.
.
.

Tetiba saya teringatkan sebuah nukilan kata2 yang maksudnya sangat mendalam bagi saya. Ia mengingatkan saya tentang kematian....

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…


Sama2lah kita ingat-mengingati yang ajal maut rezeki semua di tangan Allah. Mintalah padaNya selalu agar kita dikurniakan kesejahteraan hidup, kesihatan dan segalanya kerana Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...InsyaAllah.




Monday, August 17, 2009

Insan bernama Ibu...

Ada satu petang, saya borak2 dengan seorang Hamba Allah pasal keluarga dia. Sedih pulak nak cerita tapinya saja nak kongsi dengan semua betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang sanggup merantau jauh demi nak pastikan anak2nya dapat makan serta berpakaian baru. Setelah 10 tahun ditinggalkan suami, mampu hidup dan besarkan anak2 dengan hanya berbekalkan ilmu berniaga secara kecil-kecilan. Untung harian akan habis gitew saja tanpa penah ada simpanan. Semuanya demi anak2...

Bila perniagaan makin lama makin suam2 kuku, si Hamba Allah nih pun terpaksa beralih arah mencuba nasib dengan cara yang lain pulak. Bayangkan 7 orang anak yang perlu ditanggung, mesti banyak keperluan yang perlu disediakan. Maka dia pun merantau jauh ke negara orang mencari rezeki...

Duit gaji di sini dihabiskan semata2 untuk anak2. Tiap bulan dikirim untuk keperluan anak2. Ibu mana tak sedih tinggalkan anak2 berjauhan darinya. Hari2 dihitung bila la akan pulang ke tanah air....

Disebabkan rasa kesian dan dapat merasakan kerinduan seorang ibu terhadap anak2, saya sekarang mengambil keputusan untuk benarkan dia balik raya nih untuk bersama anak2 walaupun dia hanya baru setahun 3 bulan bekerja dengan saya. Ibu mana yang tak rindukan anak2 kan....

Tapi di hati kecil saya terpikir...andaikata dia tak nak pulang balik ke sini balik macam mana ya? Mengharapkan segala kebaikan saya terhadap dia dinilai sebelum dia mengambil keputusan yang di luar jangkaan....Harap sangat bende macam nih tak terlintas di hatinya. Saya sangat berpegang pada kata2 dia yang dia akan pulang semula ke sini. InsyaAllah...

Takpelah, niat saya hanya 1. Kalo saya berada di tempat dia, mesti saya teringatkan anak2. Tak mungkin dapat tinggalkan anak2 sampai bertahun2....Semoga niat saya tidak disalahgunakan. Harap sangat dia akan pulang untuk bekerja dengan saya lagik....



Yang pasti, 2 insan kecil nih pasti akan merindui bibik terutamanya Adik la.....

Aduh, dilemmanya tak de bibik nanti. Sure saya akan penat uruskan segala2nya ;)

Thursday, August 13, 2009

Kesian

Lemasnya rasa bila H1N1 nih. Nak kluar pun tak boleh. Dah rasa bosannya makan rumah jek. Teringin nak makan luar tapinya takut pulak la sebab dah banyak penularan wabak nih. Tadi masa baru sampai rumah, tetiba kakak tanya Mama...

Kakak : Mama, boleh kakak kluar jalan2 petang nih?
Mama : Tak boleh la,Kakak. Mama takut balik nanti kakak demam pulak.
Kakak : Kakak tak demam pun Mama. Cuba Mama letak tangan sini. (Sambil suruh Mama rasa dahi dia panas ke tak...kononnya dia tak demam la)
Mama : Kakak memang tak demam, tapi kalo nanti kakak demam macam mana?
Kakak : Ah, makan ubat sajerrrrr.............

Aduh! Susahnya nak cakap dengan budak kecik nih. Diorang cuma tahu nak kluar jalan, nak kluar main taman, nak jumpa kawan2 main sama2. Mama pun rasa kesian pada Kakak dgn Adik. Terperap kat rumah je sejak H1N1 nih makin teruk. Harap2 Kakak dgn Adik dapat paham apa yang Mama risaukan.....

Saja letak gambar masa masa kluar makan malam 2 minggu lepas. Dah 2 minggu diorang tak ke mana melainkan ke umah Mak saya. Tak pe lah, janji Kakak dgn Adik sihat.



Sekarang gi jalan dah tak payah bawak stroller sebab diorang lagi suka naik stroller free nih. Ok jugak, tak la penuh bonet. Kalo tak, kena usung 2 stroller :P



Oh ya, sebut pasal stroller, saya ingat nanti bebila saya nak buat stock clearance la semua barang2 baby yang saya tak tahu nak buat apa dah. Daripada terperap je kat umah, baik saya clear kan :) Naper tak simpan untuk baby ke 3? Sebab macam lambat lagik :( Kena habiskan PhD dulu lah... :P

Alasannya bukan apa, kang takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercicir pulak :) Teehee :D So setelkan satu2 dulu ye :)

Tuesday, August 11, 2009

Mask

Ya, everybody is looking for a mask now since the A flu has been spread out throughout the states. It's is good to wear it all the time because we do not know who is the carrier of this dangerous virus. Yesterday MyPartner told me that not all type of masks can really protect us from this virus because the size of these particles are very2 small. He read from the internet that the simple mask like the one been given to the public or the one that we buy from the pharmacies is not the best one to protect us from this virus. He told me that we should get the best one which is known as N95. So, he went to the pharmacy to get one for me and another one for him. The price for this mask is quite expensive which is around rm4 each but you can wear it up 12 hours :) Here I put the photos of this mask so that it is easier for you to get it....




For your info, one of my bestfriends' mom is in the critical condition due to this H1N1. They do not know how she gets this virus but currently she is in ICU. I really pray hard for her mom's health to recover from this flu and hoping that my friend is strong enough to face all these difficult situations. So, what I can say now is everybody has the potential to get this virus as it is everywhere now. So please take the effort to protect yourself and the loves' ones.

May Allah bless us with a good health and do take care of yourself ya!

Cheers...

Sunday, August 9, 2009

Home Sweet Home

Disebabkan H1N1 tengah menular dengan jayanya, so we decided not to go out for any mind therapy this weekend. Just stay at home enjoying our precious time with the kids. Pasar pun saya tak berani pegi sebab kalo hujung minggu sure penuh. Nanti2 la baru pegi...For the whole day (Sunday), I can say that I spent most of my time in the kitchen :P. Tak taw naper terlebih rajin ari nih. I cooked spaghetti Bolognese for breakfast as MyPartner requested me to cook it for him since Saturday :P. For lunch, I cooked ‘Masak Lemak Daging’, ‘Begedel, dan ‘Sayur Kacang Panjang+Hati ayam’. Masak simple2 jek tapinya berejam lak duk kat dapur… :P Banyak gangguan si kenit la sambil memasak :P

In the evening, the whole family went to swim at the pool in our area. No Jalan2 Jusco, No Playground, No Cuci2 Mata due to H1N1. It’s ok, we really had fun at the pool.

Here are the photos taken…



Ini kakak yang asyik membebel je masa dalam air. Ada jek bende dia nak cakap. Mandi sambil bercakap. Serabut jugak dengar tapi nak buat macam mana, layan je lahhhh.....
*Adakah bercakap banyak nih memang ciri2 anak sulung ek?*



Ini lak Adik yang sangat tenang jek dalam apa jua situasi. Tak macam kakak! Tapi Adik nih jenis kalut skit. Cam ala2 Mama dia ler..:P *peace!*



Three of them...

Anyway, it's good to spend our time like this rather than going out. The best thing is...Jimat duit, jimat masa, jimat tenaga. Pendek kata, jimat segala2nya! :) I like it! Yeay...!

Friday, August 7, 2009

A flu

Ari nih saya tak pegi UPM sebab terasa sesak la nafas kalo pakai mask 24 jam. Yup, virus infuenza A telah merebak dengan jayanya di UPM especially in my faculty. So scary ok because an announcement have been made yesterday that asking everyone to wear mask in the campus. It is now a compulsary to everyone! So saya kebetulan tak bawak mask pegi la mintak mask free kat Pusat Kesihatan. It looks so weirdo ok if you are not wearing mask because everyone is wearing it. I heard that more than 20 confirmed cases in UPM but not sure whether it is true or not :P So for the sake of my kids, I decided not to go there today.

I read in the newspaper today that all goverment hospitals, clinics and selected private hospitals will be stocked with Tamiflu, the anti viral drug to treat H1N1. Good news right? But please bare in mind that this anti viral drugs are warned not to use as a preventive measure because it could result in the virus developing resistance to medication. Means that once you are suspected having this virus, then only you can get this Tamiflu. Takut nyerr...

So to all my readers, make sure you always wear a surgical mask if you are in the public spots and please, always wash your hands all the time. May Allah protects us from this A flu.



p/s : Saya ada netball match petang nih dan esok. Harap2 tak pancit laa :P

Have a nice weekend, peeps!

Tuesday, August 4, 2009

Childhood

Bestnya rasa jadi budak2. Hidup ceria tanpa masalah.... How I wish I can be like them forever. Tak payah nak pikir masalah2 berat. Main sepanjang masa, bila penat baru tido. Heavennnn!!

Why did I say like that? Lets the pictures do the talking.....

Riang gembira macam tak penah ada masalah...


Berlari pantas meninggalkan segala masalah di belakang...Seronoknya!


Sentiasa berjalan ke hadapan tanpa menoleh ke belakang...


Melompat lebih tinggi mengejar cita2 di hadapan....

Seronoknya...Kalo boleh semua masalah ditinggalkan, kan best!? Enjoy je hidup macam Kakak dengan Adik :) Biar semua masalah diserahkan ke Mama dan Ayah! Bestnya jadi kanak2.........

Saja je tulis sebab tetiba teringatkan zaman kanak2 dulu. Semua masalah tak payah pikir. Main je sepanjang masa....Kalo dalam buku cerita, sure ending dia 'they finally live happily ever after' :)

Kenapa tetiba saya rasa susahnya nak belajar dengan 2 orang anak kecik. Aduiiii...I need someone to inspire me. Please..please....!!

Oh ya, I had found already! The one yang selalu bagi saya headache dan the one yang selalu ceriakan hari2 saya...Kakak dan Adik!




How I really need them in my life....

Seronoknya kalo jadi kanak2 jek kan ;-)

p/s : Credit to Ayen (my BIL) for these nice shots using his very-good-quality camera! Not like mine :P Many thanks from 4 of us :)

Monday, August 3, 2009

Buli

Yeay, Kakak dah dah kurang buli Adik. Baru je nih perangai tertib macam ni. Pagi tadi sebelum Mama nak pegi school, kakak dengan nada lembut tanya Adik...

"Adik sayang Kakak?" Si Adik lak gi geleng kepala tanda tak sayang. Rasanya Adik tak paham apa pun Kakak tanya, cuma geleng jek. So nya Kakak pun ngadu la kat Mama dia yang Adik cakap tak sayang dia.

Pastu saya pun tanya Adik balik..

" Naper Adik tak sayang Kakak? Kesian kakak.....Adik sayang kakak tak?"

Pastuh Adik angguk. Suka bukan main Umaira. Gelak2 happy sebab Adik dia sayang dia. Terus dia tepuk2 tangan dan kiss pipi Adik dia. Suka la bila tengok Kakak baik dgn Adik! Mama pun senang hati! :)


(Harap sangat situasi macam nih tak de lagi...Pening pala Mama bila nak leraikan pergaduhan antara 2 insan ni sebab tak tahu nak menangkan sapa.....)

So today gonna be my happy day even though it is Monday :P. They really made my day!

Sukaaaa nyaaa Mama! :) *smiling from cheek to cheek*