Wednesday, August 19, 2009

Takziah...

Saya nak umumkan kepada sesiapa yang mengenali kak Norulhusna..Ibunya telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi setelah seminggu lebih berada di ICU kerana serangan virus H1N1. Semoga kak Husna sekeluarga tabah menghadapi ujian dariNya dan sama2lah kita menyedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Salimah Binti Ahmad...Semoga arwah ibunya ditempatkan di kalangan golongan yang beriman. Amin. Sesungguhnya daripadaNya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali.

.
.
.
.
.
.
.
.

Tetiba saya teringatkan sebuah nukilan kata2 yang maksudnya sangat mendalam bagi saya. Ia mengingatkan saya tentang kematian....

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…


Sama2lah kita ingat-mengingati yang ajal maut rezeki semua di tangan Allah. Mintalah padaNya selalu agar kita dikurniakan kesejahteraan hidup, kesihatan dan segalanya kerana Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...InsyaAllah.




2 comments:

mrs rux said...

alfatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 beriman.
The song really touched and remind me of my late dad.Aku 1st time dgr lagu tu masa on our back back from kulim to kl last year,balik lepas arwah ayah aku meninggal.

~J.E.T~ said...

aku memang suka dengan lagu nih..simple but very meaningful! :)