Saturday, October 31, 2009

Besday Mak

Yeay, ari nih kami adik-beradik buat besday party untuk mak saya. Masing2 buat potluck kumpul ramai2, makan ramai2.... :) Susah jugak nak kumpulkan semua sekali at one time sebab memasing sibuk dengan urusan keluarga. Selalunya mesti payah nak jumpa serentak sebab ada yang datang hari ahad, ada yang datang ari sabtu. Nak2 bila dah ada anak yang besar, dengan tuisyen kelas la, apa la, memang payah la berjumpa serentak. Ini kebetulan Adik bongsu saya pun balik ke rumah. So memang meriah la :)

Kebetulan pulak pakcik saya pun join untuk celebrate sekali besday mak saya. Tapi saya pulak terlupa nak snap banyak gambar sebab sibuk nak makan jek. Hahaha....Antara menu yang ada :-

- Lasagna
- Bihun Rebus
- Sate Ayam + Nasi Himpit
- Roti Jala + Kari Ayam
- Lai Chi Kang
- Agar2

Mamang penuh meja, penuh perut, penuh segalanya. Balik kekenyangan ke rumah. Hehe...Ini jelah gambar yang saya telah snap tadi. Harap maaf kalo ada insan2 tercicir dalam gambar (termasuklah saya, MyPartner, Chue....) Tak perasan kata tak de muka. Heheh :D


Yang diraikan dan yang meraikan...


The food



Ucapan untuk Mak :

"Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki dan diberkati Allah selalu... Terima kasih atas segala2nya :) Memang tak terbalas jasa Mak terhadap kami....Walaupun saya tahu yang mak saya takkan membaca blog saya ni, percayalah, sesungguh kami sangat menyayangi Mak!"

p/s : Kenapa la saya rasa cepatnya masa berlalu bila hujung minggu. Tup2 dah nak Isnin dah. Arrgghhh! Bestnya kalo hujung minggu kita ada 3 hari....Heehhe :D

Tuesday, October 27, 2009

Kain putih

Masih berkenaan cerita di bawah sebab saya masih lagi tak puas hati dengan budak2 zaman sekarang.

Pada pendapat saya la kan, akar umbi untuk bentuk anak2 adalah didikan agama. Memang betul tanggangjawab kite untuk sediakan keperluan fardu ain anak2, tapi ia takkan bermakna kalo kite just hantar anak2 ke kelas agama sedangkan kite sendiri tak leh nak tunjukkan contoh yang baik. Rotanlah dia bila dia tak semayang, tegurlah dia jika dia silap, dan sentiasa doakan kebaikan anak2 agar dia akan menjadi manusia yang berguna nanti....

Contohnya kite leh tengok kejayaan anak2 yang datangnya dari keluarga yang kurang senang. Apa yang saya dengar, kebanyakan akan bercakap "Saya hanya mampu berusaha dan redha dengan keadaan keluarga yang serba kekurangan. Yang lain2 saya hanya mampu berserah sepenuhnya pada Allah". Maknanya memintalah kita pada Yang Satu. So bagi saya, didikan agama tuh sangatlah penting. Jangan asyik kejarkan duit atau harta dunia sedangkan amalan untuk dibawa ke akhirat nanti kita abaikan. Saja saya nak berpesan pada diri sendiri jugak!

Lagi satu, bagi saya la, semua ini terjadi disebabkan wang yang disalurkan ke darah daging kita jugak. Adakah duit atau harta yang kita cari selama nih memang berkat?Seberkat mana harta2 kita kalo kita kedekut untuk bersedekah, berzakat.....Ini pun peringatan untuk diri saya jugak!

So, sebagai parents pada zaman sekarang, apa yang penting adalah asas agama yang kukuh untuk diturunkan kepada anak2. Tak guna kalo anak2 terer cakap Omputih sedangkan ilmu agama kosong. Seelok2nya seimbangkan lah ilmu dunia dan ilmu akhirat. Ini pun peringatan untuk diri saya jugak!

Masih belum terlambat lagi andaikata sekarang nih kita banyak betul lalai ilmu akhirat nih. Sama2lah perbaiki diri masing2 memandangkan cabaran kita semakin besar sekarang nih. Bak kata pepatah..."Anak2 itu umpama kain putih. Kita la yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Kalo kita corakkan dia dengan warna hitam, maka hitam lah dia. Kalo kita corakkan dia dengan ukiran yang indah, maka cantiklah dia :)"

Monday, October 26, 2009

Apa nak jadi!?

Ok, saya ada 1 cerita yang nak dikongsi. Dah beberapa hari saya simpan cerita nih memandangkan saya agak sibuk dan tak de masa nak update blog.

Ceritanya macam nih....

Ada 1 hari nih, disebabkan saya banyak keje di lab, maka saya pun terlupa la nak makan tengahari. Sekali bila terpandang jam, rupanya dah kol 2. So saya terus terpikir makan Mc D je lah sebab sorang2 jek makan. Plus nak makan cepat2 sebab nak run eksperimen balik. So nya saya pun menuju lah ke Mc D, Serdang.

Sampai jek kat Mc D, saya tengok ramainya budak2 sekolah menengah tengah makan. Saya ingatkan saya tersilap tempat. Rasa macam makan kat kantin sekolah jek. Semua meja penuh dengan budak sekolah yang masih berpakaian sekolah. Dan saya tak de tempat nak duduk pun. Makanya, dengan tebal muka, saya mintak 1 meja kecik dari sekumpulan budak laki nih sebab diorang cuma bertiga jek. So ok lah, dapat lah saya duduk dan makan dengan tenang.

Alih2 masa tengah makan, saya terdengar kumpulan budak sekolah tuh bersembang. Sebabkan saya makan sorang, maka leh la pasang telinga dengar diorang sembang apa. Tahu tak apa yang diorang sembangkan?

A : Eh korang, aku tak tahu la cam ner nak ngorat si Ayu tuh. Aku suka la kat dia. Dah lama aku perhatikan minah nih.
B : Ala ko nih...bukan payah pun nak ngorat perempuan. Ko buat macam aku dulu. Mula2 ko kasik la adiah ke, bunga ke...bila agak2 dia dah tangkap lentok ngan ko, ko try la dia semalam. Kalo best, terpulang la pada ko nak dia ke tak. Kalo ko rasa tak best, ko tinggalkan je lah...
C : Aah, aku dulu pun buat cam tuh gak dengan Ina. Aku try semalam, last2 aku tak suka, aku tinggal lah.....


Geram tak korang baca?? Saya rasa diorang di baru jek tingkatan 3. Tapi topik diorang nih melampaui batas2 orang Islam lah. Nak2 diorang nih baru setahun jagung. Nak je saya bangun kasik ceramah kat diorang. Tapi saya malas la nak panjangkan cerita. Saya makan cepat2 dan bangun2 dari situ dengan jelingan tajam taw :P.

Sepanjang saya nak balik ke lab, otak puas la mikir cam ner la budak zaman sekarang leh jadi macam tuh ek? Mana hilang2 batas2 orang Islam yang dah diorang belajar kat sekolah? Eeee....saya ada 2 anak perempuan. Banyak mende yang saya akan buat bila diorang besar nanti lepas saya dengar sekumpulan budak sekolah tuh bersembang. Takut lah nak besarkan anak2 zaman sekarang nih....

Lagi 1, kayanya diorang nih. Balik sekolah makan Mc D. Saya dulu bawak duit ke sekolah berapa sen jek. Tuh pun saya menabung lagik. Tak penah nak membazir2. Nak makan luar sekolah, lagi lah saya tak penah mimpi....Habis sekolah, terus balik rumah makan. Lainnya budak zaman sekarang dengan zaman saya dulu.

Apa yang pasti, saya akan :-

- Hantar dan ambik anak2 saya pergi dan balik ke sekolah. Biar lah sesibuk mana saya nanti, InsyaAllah saya akan cuba yang terbaik.

- Ajar kelas tuisyen untuk anak2 saya sendiri. Memang diorang takkan berpeluang nyer lah nak tuisyen kat luar :P

- Kalo boleh, saya akan sediakan bekal untuk anak2 saya nanti. Biar diorang leh simpan duit sekolah kat tabung jek. Tak yah nak singgah2 Mc D makan2 dengan kawan2.

- Teman diorang kalo nak bershopping ke...memang takkan ada peluang lah nak kluar dengan kawan2. Takut lah ( Anyway saya dari kecik tak penah diberi peluang keluar jalan2 dengan kawan2 ke shopping complex. Nak ke mana sure dengan my family jek. Baru sekarang saya sedar kenapa bapak saya tak benarkan saya keluar sesuka hati )


InsyaAllah, niat yang baik pasti akan mendapat pulangan yang baik.

p/s : Baru sekarang saya sedar betapa susahnya nak besarkan anak2 especially perempuan. Baru sekarang saya sedar kenapa bapak saya sentiasa tegas dengan anak2 dia dulu. Nak2 anak2 dia 4 orang perempuan. InsyaAllah, mana yang baik, akan saya cuba contohi bapak saya. :)

Monday, October 19, 2009

Stress!

Lamanya tak update blog nih. Cam dah ada sawang jek rasa.

Currently I'm working under stress :D!
Lots of things need to think and think and think!

So what are the things? Let me list them now :

- my 2nd test which is a take home test. Even though it is an open book test, but of course the answers are not there! :P

- my final exam is just around the corner. Arrgghhh! I have done nothing for this exam. No time to read as I'm busy working with my research.

- My research.. research... and research! What can I say now is just I'm still waiting for my project's outcome as I cannot predict it in the near future. I'm still running some experiments but the outcomes are still weirdo to me. And the bad thing is a few students are waiting for my results since their coming topics are totally based on my project. Adui la....lagi la stress!

That's y I'm so busy for the time being.

But of course no matter how busy I am, my responsibility towards my family is always my 1st priority. Since today is the last day of puasa 6 (MyPartner jek yang puasa), so I decided to cook something for him even though I was trapped in the traffic jam just now. Grrr!

Arrived home at 6 pm.
So what did I cook?

- Kari ayam
- Sayur kacang botol goreng
- Ikan bilis goreng bercili



Simple dimple :P

But it's ok. The most important is just the thoughts that count! :)

Tuesday, October 13, 2009

Makan free

Yeay, ari nih makan semua ditaja orang. Hehe :D
Since hari nih adalah besday Gjah, maka lunch tadi ditaja oleh Gjah.
TQ Gjah! Makan sikit jek sebab masing2 kekenyangan bergosip jek.
Tapi enjoy la sebab dah lama tak kluar makan gosip2 sesama pompuan. Hehe...
Gosip tak semestinya kutuk2 orang kan... :P Banyak mende perlu digosipkan bila pompuan bertemu pompuan.
Anyway, Selamat Hari Jadi untuk Gjah. Dah tua rupanya :P

Petangnya lak makan free lagik.
Makan kek Secret Recipe tajaan Dr Fauzi sebab dia raya ari nih sebab dah habis puasa 6 :)
Yang lain2 tak habis2 lagik puasa 6 pun turut join meraikannya. Hehehe...
Overall, ari nih banyak gelak dan makan jek. Happy lak rasa :)

Bukan happy sebab makan free, tapi happy dengan gelak ketawa kawan2 :)
Sebab saya dalam mood yang sangat stress sekarang nih :(
Bestnya kalo hari2 gelak2 + makan2 jek :P



Walaupun saya jauh lebih tua dari yang lain, tapi bila dah join dengan orang2 muda+bujang, terasa muda pun ade :P :D Hehe...

Nota untuk diri sendiri : Harap2 esok akan lebih produktif dari hari ini :)

Monday, October 12, 2009

Penat

Penatnya saya rasa hari nih.
I had a very blessed weekend last week.

Penat dari hari Sabtu terbawa2 ke Ahad dan terbawa2 sampai sekarang.

Sabtu lepas saya attend wedding Isya di Palace Of Golden Horses. Sangat menarik bagi saya sebab dapat lihat satu perkahwinan yang sangat gemilang. Sweet je pengantin perempuan dan lelaki di pelamin yang gah saya rasa. Malangnya saya tertinggal kamera di rumah. Yang ada cuma kamera hp yang mana gambar2nya sangat la tak elok sebab lighting dia kureng skit. So tak de la gambar yang diambil pada malam itew. Tapi overall memang best. Makanan sedap, tarian cantik, nyanyian Mamat Exist dan Siti Nordiana pun sedap jek dengar. :)

"Sekalung Tahniah buat Isya dan suami dan selamat menempuh gerbang rumahtangga yang penuh ngan cabaran kot bagi saya. Hehe....Jangan dengar segala tips2 merepek dari Heemi :P"

Dan semalam kawan2 + family members saya datang beraya di rumah. Penat seh sebab pukul 5.30 pagi saya dah bangun sediakan bahan2. Semua bende baru nak sediakan pagi tadi. Pegi pasar la, kopek kerang la, siang segala bende yang kena siang la....Seperti biasa, kali nih pun saya terlupa nak snap gambar. Makin pelupa la saya nih...ntah naper ntah :P

Apa yang saya masak :
- Spaghetti Bolognese
- Kuetiaw Kerang
- Puding Koktel
- Nugget
- Nasi Himpit

Yang dibeli : Sate + Kuah kacang, Kuih2 raya...

Simple jek makanan. Tapi memandangkan saya seorang jek menyiapkan semua makanan, memang penat jugak la. Nak2 masak dalam portion yang banyak. Kunjungan tetamu bermula dari pukul 1 tengahari sampai la 11 malam. Tapi ini bukan openhouse pun. Mana2 kawan2 yang cakap nak datang beraya, so ini je lah juadah yang saya mampu sediakan. Sedap ke idak tak tahu lah. Pun tak de gambar sebab saya lupa terus nak tangkap gambar :P

K lah, nak sambung buat keje.

"Sekalung daun keladi buat yang sudi datang ke rumah kami... :) Terima kasih banyak2 dan jemput datang lagi walaupun bukan hari raya... :)"

Thursday, October 8, 2009

Vacancy << Pencarian telah ditutup

Masih kisah bibik lagi tapinya kali nih saya nak promote to all my gentle readers kot2 ada sapa2 nak pakai atau mencari bibik untuk bekerja. Sedara kepada bibik saya sedang mencari majikan untuk bekerja di Malaysia. Saya tak berapa tahu snagat latar belakang dia tapi dari penceritaan bibik saya, nampak macam baik jugak lah orangnya. So sapa2 yang berminat nak mencari helper, boleh hubungi saya di talian 012-6998806. Buat masa ini, sedaranya itu masih di Indonesia.

Info yang saya tahu untuk setakat ini.....
- Janda (baru beberapa minggu bercerai)
- Beranak 2 rasanya
- Orang Medan
- Tidak penah bekerja di Malaysia

Itu jek. Saja untuk kongsi dengan kawan2 yang memerlukan helper tatkala susah nak mendapat helper sekarang ini.

Nota untuk diri sendiri : Terasa cam agent pembantu rumah plak :P :D

Wednesday, October 7, 2009

Busy

I am super duper busy this week. Thousand things need to be done within these few weeks. But if I have time, I will update this blog. :)

As for now,I'm happy to see my clean house sebab dah ada bibik. Hehe :P

Oh ya, kenapa saya risau sangat bibik tak balik tempoh hari?

- sebab saya dengar banyak sangat kes yang bibiknya pulang ke kampung then tak datang2 balik bekerja. Macam bibik saya jenis lebihkan anak2. So nya andaikata anak2 tak kasik dia pulang semula, ada kemungkinan besar dia akan mintak dengan saya secara baik untuk berenti. Tapi itu la yang paling saya risaukan :P
- sebab ini kali pertama bibik saya balik.So mesti la risau dia tak nak keje balik ke. Tapi lepas nih saya tak payah dah la risau2. I will always trust her after this :)
- sebab saya memang jenis gelabah2 :P Saya tak la se'kool' MyPartner. Semua benda saya gelabah. So pas nih kena belajar jadik cool la kot :P
- sebab saya kan tengah belajar sekarang nih. So memang banyak snagat keje nak kena buat. Alih2 bibik lambat balik. Lagiiii laaaa saya risau. Nasib baik la saya punya supervisor sangat understanding :)

Tu jek. Yang lain2 tuh cuma kelemahan saya sebagai manusia biasa. Plus saya dah anggap bibik tuh is part of my family members.

Oklah, tutup kisah bibik k. Yang pasti, Umaira + Rihanna happy sangat jumpa bibik semula :) Three of them are really good friends.

Nota untuk diri sendiri : Berterima kasih kepada bibik!

Tuesday, October 6, 2009

Syukran

Alhamdulillah, bibik saya sudah balik. Yeay!
So now I am back to my normal life >> Student life aka campus life. Uh!

Sukanya bibik dah balik. Terurus skit umah pas nih.
Kakak dan Adik pun happy jumpa bibik.
Saya lagik la happy sebab dah boleh mulakan belajar balik. 20 hari saya bercuti (13 hari bekerja in total). Giler sungguh :P

Yang pasti, saya memang takkan potong cuti + gaji dia pun. Tak pe lah, saya halalkan sebab saya tahu, mungkin ada sebab musabab dia balik lambat :). Lagipun berbulan2 tak jumpa anak2. Entry geram ari tuh sebab tengah tensi. :D Tu yang segala cuti + gaji nak potong :P Tapi sekarang, yang pasti, saya memang tak sampai hati nak potong apa2 ;)

Oh ya, banyak buah tangan yang dibawa dari Indonesia. Antaranya :
- Buah salak >> saya tak penah makan buah nih.
- Buah Avocado >> lagi la saya tak penah makan sebab saya sangatlah bertekak buah2 tipikal je :D
- Baju2 >> untuk saya dan anak2
- Ikan bilis 2 kg >> ikan bilis yang sangat cantik bagi saya berbanding kalo beli di sini.



Itu jek. Harap2 bibik suka la bekerja dengan saya sekeluarga sampai la anak2 saya besar :) InsyaAllah.

Nota untuk diri sendiri : Saya sangat la gembira!

Monday, October 5, 2009

uh!

Adakah bibik akan pulang petang nanti?
A. Ya
B. Tidak
C. Kurang pasti

Jawapan buat masa ini masih C selagi bibik tak jejak kaki ke Malaysia.
I'm still praying hard that she will safely arrive to my house. InsyaAllah...

Dip Dap Dip Dap...berbedarnya!

Thursday, October 1, 2009

Jalan2

Yeay, baru balik dari Sogo! Saja cuci mata sebab dah tahap kebosanan yang melampau + penat menjaga anak2 di rumah. Makanya saya ajak MyPartner ke Sogo. Dah la dia puasa ari nih, alih2 si isteri ajak ke Sogo. Untuk tidak mengecilkan hati si isteri, dia pun layan jek lah. Tehee....

Baru terasa cam separuh semput ok masa kat Sogo. Masa MyPartner semayang Maghrib, sayalah yang kena jaga anak2. Singgah beli roti jap. Bila lepas bayar, dua2 anak2 saya hilang pulak. Tinggal stroller sorang2. Sorang ke hulu, sorang ke hilir. Jenuh kejar saya. Grrr! Letih ah bawak anak kecik berjalan :P

Yang Si Kakak nih tahu jugak takut tengok stranger, tapi yang Si Adik semua orang dia salam dan bye2. Macam Perdana Menteri pun ada. Salam2 lambai2 rakyat! :D Seriau jek tengok. Ish2! Bila nampak MyPartner datang, dua terjerit2 terpekik2 seronok manggil Ayah. Malu jugak la :P

Sekarang baru terasa susahnya bila bibik tak de. Kalo tak, sure saya kluar dating ngan MyPartner jek. Yang lain2 tinggal umah jek. Hehehe....

K lah, nak kemas barang2 yang baru beli tadi. Window shopping jek. Saja segarkan minda dengan mind therapy setelah berharian penat menjaga anak2. Peace! :)

p/s : Bibik saya selamat dari gempa bumi. Cuma dia kata bumi bergoncang kuat kat sana :D;P