Saturday, October 31, 2009

Besday Mak

Yeay, ari nih kami adik-beradik buat besday party untuk mak saya. Masing2 buat potluck kumpul ramai2, makan ramai2.... :) Susah jugak nak kumpulkan semua sekali at one time sebab memasing sibuk dengan urusan keluarga. Selalunya mesti payah nak jumpa serentak sebab ada yang datang hari ahad, ada yang datang ari sabtu. Nak2 bila dah ada anak yang besar, dengan tuisyen kelas la, apa la, memang payah la berjumpa serentak. Ini kebetulan Adik bongsu saya pun balik ke rumah. So memang meriah la :)

Kebetulan pulak pakcik saya pun join untuk celebrate sekali besday mak saya. Tapi saya pulak terlupa nak snap banyak gambar sebab sibuk nak makan jek. Hahaha....Antara menu yang ada :-

- Lasagna
- Bihun Rebus
- Sate Ayam + Nasi Himpit
- Roti Jala + Kari Ayam
- Lai Chi Kang
- Agar2

Mamang penuh meja, penuh perut, penuh segalanya. Balik kekenyangan ke rumah. Hehe...Ini jelah gambar yang saya telah snap tadi. Harap maaf kalo ada insan2 tercicir dalam gambar (termasuklah saya, MyPartner, Chue....) Tak perasan kata tak de muka. Heheh :D


Yang diraikan dan yang meraikan...


The food



Ucapan untuk Mak :

"Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki dan diberkati Allah selalu... Terima kasih atas segala2nya :) Memang tak terbalas jasa Mak terhadap kami....Walaupun saya tahu yang mak saya takkan membaca blog saya ni, percayalah, sesungguh kami sangat menyayangi Mak!"

p/s : Kenapa la saya rasa cepatnya masa berlalu bila hujung minggu. Tup2 dah nak Isnin dah. Arrgghhh! Bestnya kalo hujung minggu kita ada 3 hari....Heehhe :D

No comments: