Tuesday, September 15, 2009

Balik Kampung

Oh bukan saya yang balik kampung. Bibik saya yang balik kampung....

Sedihnya sebab malam nih bibik dah berangkat pulang ke kampung dia berhari raya...
Saya tak tahu apa yang saya risaukan...
Mengharapkan bibik paham keadaaan kami sekeluarga sekiranya bibik tak de...

Sebab kenapa saya benarkan dia pulang beraya :

-Sebab bila cukup 2 tahun dia tak nak balik..nak sambung keje. Plus bulan 6 nanti adalah masa kritikal saya nak menyiapkan projek PhD saya. So saya memang tak boleh ambil cuti untuk jaga anak2 sepanjang ketiadaan bibik.
- Anak2 dia berkumpul bila berhari raya. Anak2 dia semua diserahkan pada orang semata2 sebab dia nak datang bekerja di sini. Jadi bila hari raya macam nih, mesti dia sangat teringatkan anak2 di kampung sebab semua datang berkumpul.

Tapi buat masa yang sama, saya risaukan :
- Bibik tak nak balik bekerja dengan saya dah...

Betul2 mengharapkan janji yang dia cakap pada saya itu betul. InsyaAllah....

Saya akan bercuti sepanjang ketiadaan bibik (10 hari). Harap2 tulang yang beberapa kerat nih akan bertukar menjadi 'superwoman' menyiapkan segala kerja2 umah. Adeh!

p/s : Ari nih cam tak de mood jek. Tak tahu kenapa :(

7 comments:

weehuu said...

insya allah bibik akan balik..jgn risau la...kalau x balik call je bibik..kan dah ada hp :D

~J.E.T~ said...

tu la..semalam dah dapat hp baru :P senang nak call dia la bila sampai nanti. hp pun yang paling murah jek :D

shaheera said...

tu arr..mcm my maid,dia akan balik sbb family dia mesti memerlukan duit tu..bab jaga hana n umaira, pak heemi sila le membantu ye...x guna amik cuti klu x membantu..

JustinBebel said...

wagh...baru ingat nak goyang kaki...:)

weehuu said...

iye...jangan nak membantut je...kalau dapat laporan bantut2, xnak bawak p cucoq udang ngan ayam panas...hahahaha...

p/s: semalam aiza dah susun jadual lunch dah....huhuhuhu

farah said...

hehhehe..
doa bebyk dia balik nelli..i'allah..klu dia kenangkan jasa n anak kita sure dia pulang tu...
farah pun tgh berdebor2 ni..bibik farah pun nak balik bulan 11 ni..seblum raya haji katanya..ada sedara dia yg dah lama x jumpa dia nak g haji and tepon dia nangis2 balik..dia mcm kesianla..tp dia nak balik dlm 3/4 hari jerla..tp farah kena gakla amik cuti..mungkin amik cuti wajib jerla terus..leh bawak budak2 berjalan sekali..hehehe..klu ada budgetnya...

~J.E.T~ said...

sha + erin : haa betul cakap korang. ambik cuti tapi kalo tak membantu tak guna jugak! :P Tak pe, akan akak pastikan dia tak sempat duduk..biar ada keje je sentiasa. Hehehe :D

Farah : tu la, harap2 dia balik semua. Tapi neli tengah yakinkan diri yang dia akan balik :) InsyaAllah