Yeay, ari nih saya cuti. Semalam saya lak yang tido tak lena sebab kakak nak masuk sekolah hari nih :P Pagi2 buta saya dah bangun buatkan makanan untuk anak2.
Hari nih saya bekalkan susu kotak untuk kakak. Memang sekolah nih sediakan light refreshment untuk murid2, tapinya takut plak kakak lapa sebab kakak nih jenis pagi2 dah makan nasik. Itu la salah 1 sebab yang saya risaukan. Takut dia kurang makan bila dah bersekolah :P Tapi MyPartner dah sound saya jangan pikir sangat :P
Pagi tadi agak liat jugak kakak nak bangun. Tapi bila cakap nak pegi sekolah, baru dia bersemangat. Happy skit saya bila tengok anak saya happy.
Nih wajah kakak dengan pakaian sekolah :)
Besar skit baju nih walaupun saiz yang paling kecik. Hehe..tak pe...suka betul saya tengok budak kecik pakai tudung. Bersih je muka diorang :)
Kesian Adik sebab tahu Kakak nak tinggalkan dia. Menangis je sepanjang tengok Kakak bersiap. Dia pun sibuk nak pakai tudung. "Mama, Adik nak pi syulah!" Sedih pulak tinggalkan Adik dengan bibik. Sampai Kakak dah masuk kereta lah dia nangis nak pegi syulah. Kakak tengok je muka Adik. Kadang2 dia calmkan Adik gak..."Dah2 jangan nangis, Kakak pegi kejap je. Nanti Kakak balik"...Adeh, saya sebak abis! Pagi2 dah ada drama swasta :P
Bibik terpaksa bawak Adik gi taman sebab dia nangis jek. Saya pun cepat2 hantar kakak ke sekolah sebab dah lambat. Kakak alhamdulillah nampak seronok bila sampai sekolah. Tapi dia masih tak de kawan lagi sebab masih baru...Lama2 bila dia dah leka, saya pun turun ke kereta. Tapi macam biasa, saya yang sambung sebak kat kereta :P Sedih la tengok bila anak dah besar...
Tak sabar saya nak tunggu Kakak balik jap lagik. Mulai esok, saya akan hantar dia pagi2, tapi tengahari akan pulang naik van. :(
Mama doakan Kakak akan mudah mendapat kawan, mesra dengan cikgu2, dan mudah menerima pelajaran yang dipelajari..InsyaAllah!
p/s : Adeh, sebaknya.... :-