Wednesday, June 9, 2010

Surat chenta

Tak de angin, tak de ribut...tetiba saya dapat surat nih dari MyPartner...Hahaha....

Sampai skrg saya tergelak besar :P
------------------------------------------------------------------------------
Untuk Isteriku tersayang..

Semoga berada dalam keadaan sihat dan selamat. Diharap kehadiran surat ini tidak melukakan hari dan perasaan Sayang.Sebenarnya sudah agak lama abang memikirkan akan perkara ini, cuma masanya sahaja dirasakan kurang sesuai. Akan tetapi abang rasa inilah masa yang paling sesuai untuk mencurahkan perasaan yang terbuku dihati selama ini. Harapan abang semoga Sayang dapat membacanya dengan hati yang jujur dan ikhlas dan berlapang dada menerima kehendak abang.

1. Seperti yang sedia maklum, abang setiap bulan terpaksa menghadapi perangai Sayang yang berubah mengikut pasang surut bulan setiapbulan tanpa gagal. Abang selalu menjaga hati Sayang tanpa soal. Abang jaga Sayang bagaikan menatang minyak yang penuh. Amat besarnya pengorbanan yang abang lakukan selama ini untuk menjaga kerukunan perhubungan kita yang telah bertapak sejak lama? Kini relakah Sayang melakukan pengorbanan yang agak kecil terhadap abang?

2. Dr. Joseph S. Blatter dari Klinik FIFA telah mengesahkan yang abang akan mengalami period abang yang hanya berlaku 4 tahun sekali ini dari 11hb Jun 2010 hingga 11hb Julai 2010. Kesan period ini mungkin akan berlanjutan sehingga seminggu selepas tarikh tersebut. Abang akan menghadapi masalah untuk tidur malam dan mungkin berjaga hingga ke awal pagi. Untuk mengurangkan tekanan dan mood abang dalam tempoh tersebut, preskripsi dan cadangan di bawah ini telah disarankan :-

3. Dalam tempoh tersebut Sayang dikehendaki sentiasa membaca berita sukan pada akhbar harian yang menfokus tentang Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Jika Sayang gagal melakukan perkara ini, Sayang mungkin rasa terabai jika tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan abang pada masa tersebut. Oleh itu Sayang janganlah komplen jika rasa diri diabaikan dalam masa period ini.

4. Dalam tempoh period abang ini adalah dimaklumkan bahawa Sayang akan diberi kebebasan untuk menonton rancangan tv kegemaran Sayang dari bermula dari 6 pagi hingga ke 9 malam. Manakala dari 9 malam ke 6 pagi, abang yang akan memegang remote control dan hak memilih channel yang digemari. Sayang dilarang sama sekali menjeling ke arah remote control pada masa tersebut.

5. Jika Sayang terpaksa melintas di hadapan tv di waktu tersebut, Sayang hendaklah tunggu sehingga masa rehat atau commercial break ataupun merangkak perlahan-lahan agar tidak menganggu konsentrasi abang. Jika Sayang bercadang untuk berbogel di hadapan tv pada waktu tersebut, pastikan Sayang memakai pakaian semula selepas itu kerana abang takut Sayang akan demam kerana kesejukan. Abang takut abang tidak mempunyai masa untuk membawa Sayang ke klinik dan juga melayan Sayang selepas itu.

6. Semasa perlawanan langsung disiarkan, abang seakan buta, pekak dan juga bisu kecuali bila abang memerlukan pertolongan Sayang untuk membuat air atau mengambil makanan ringan. Kasih sayang abang akan bertambah kepada Sayang jika yang sentiasa memastikan makanan ringan sentiasa tersedia untuk abang semasa perlawanan berlangsung.

7. Sayang adalah dialu-alukan untuk duduk dan menikmati perlawanan bersama abang tetapi Sayang hanya boleh bercakap semasa half time atau commercial break. Sayang dilarang sama sekali menggoda abang pada masa ini terutama jika pasukan yang abang sokong sedang ketinggalan atau berada di ambang kekalahan.

8.Replay untuk setiap gol yang dijaringkan adalah amat penting. Berapa kali replay disiarkan abang tetap mau melihatnya. Sayang tak perlu merungut mengata bahwa gol tu dah tengok kenapa nak tengok lagi?

9. Sayang perlu memberitahu saudara mara atau rakan karib bahwa jemputan ke jamuan atau kenduri yang diadakan selepas 9 malam ke atas yang memerlukan kehadiran abang tidak dapat dipenuhi kerana abang tak nak pergi.

10. Jika kawan abang menjemput kita ke rumah mereka untuk menyaksikan perlawanan langsung bersama-sama, maka Sayang perlu bersiap sedia dengan kadar segera.

11.Selepas period abang ini abis. Sayang dilarang merungut : siib baik world cup 4 tahun sekali jer.. kerana abang telah immune dengan rungutan tersebut dan juga selepas period ini akan ada pula English Premier League, Serie A, La Liga, UEFA League, Championship League, Piala Malaysia dan lain-lain.

12. Atas kerjasama dan timbang rasa Sayang ini, jika pasukan yang abang sokong menang piala dunia atau player yang abang sokong menang kasut emas..pandai-pandai la Sayang bodek abang untuk dapatkan hadiah? Jika sebaliknya...hendaklah Sayang turut berduka.

13. Akhir kata. Majulah Sukan Untuk Negara!

Yang benar,

Abang yang sentiasa menyayangi Sayang ...xoxoxoxo

p/s : Adeh, gelak guling2. Cerekarama tetap cerekarama :P Suara2 berbentuk ugutan macam nih memang saya dah dapat lama dah dari MyPartner..Nak saya balas ke eh surat nih? :D :P

7 comments:

fiza_baik said...

hahahha naseb bek sy kat lab....mau tak tergolek bace surat centa akak nih...tu laaa die org lelaki...bola..bola...bola...makan,minum,tdo pon bola...ish,tolong laaa...berat tu pengorbanan yang perlu akak lakukan...huhu ape tunggu lagi kak,balas laa...

Unknown said...

balas wes balas!!!..hihih..ooooo nak period sgt ye...bagi dia makan menstrual pills

shaheera said...

YA Allah kak..org keliling dh tergelak tgk saya gelak sorang2...sakit perut...

weehuu said...

"4. Dalam tempoh period abang ini adalah dimaklumkan bahawa Sayang akan diberi kebebasan untuk menonton rancangan tv kegemaran Sayang dari bermula dari 6 pagi hingga ke 9 malam. Manakala dari 9 malam ke 6 pagi, abang yang akan memegang remote control dan hak memilih channel yang digemari. Sayang dilarang sama sekali menjeling ke arah remote control pada masa tersebut."

mintak2 umaira yg dapat remote tu...hahahhaha

apis585 said...

serious heemi tulis tu ahahhaha..lawak btol!!

~J.E.T~ said...

korang, tu la, ada masa nanti nak balas la :)

cha said...

jet,since heemi mcm kena insomnia je smpai julai ni apa kata cha hantaq hariz p sana je..dlm kul10 camtu ke..subuh2 esoknya cha mai amik balik..hafiz xkena peod mcm tu la pulak..kalau xboleh la aku beradu dgn nyenyaknya..!