Wednesday, March 10, 2010

Lagi...dan lagi...dan lagi?

Heheh....tak setel2 lagi masalah bibik saya nih...
Kali nih tak de la dia create masalah ke apa cumanya saya pening lah bila soalan macam nih dia tanya saya :

Minggu 1 : Buk, ari nih saya nak pegi pasar malam dengan kawan2 ya malam nanti. Boleh kan Buk?

Minggu 2 : Buk, sabtu nih saya nak pegi KLCC dengan kawan2. Boleh kan Buk?

Minggu 3 : Buk, Sabtu nih saya nak cuti. Saya nak tido umah adik ayah saya. Lama tak jumpa. Boleh kan Buk?

Adeh, bertubi2 minggu mintak cuti dengan saya. Dengan MyPartner tak de lak dia berani mintak. Alih2 dengan saya gak soalan nih timbul. Saya tak tahu la bibik orang lain macam mana....Ke sepesen jek diorang nih? Haihhh!

Jawapan dari saya senang jek :

Saya : Ish Ibu tak tahu la..Tanya bapak la! ~ dengan nada yang macam malas layan :P~

Saya sampai naik hairan kenapa soalan yang sama mesti ditanya walhal dia dah tahu yang saya memang berat nak bagi semua tuh. Almost every month mesti soalan nak ke KLCC ditanya. Saya sendiri pun tak pegi KLCC tiap bulan :P Yang saya takut kang ada yang 'berpacaran' bersaksikan air pancut KLCC lak. Hahaha...... Seingat saya lah, tiap kali saya berjalan, sure bawak dia. Adeh! Ini adalah soalan lazim dia dengan saya :

Bibik : Ibu, saya nak kluar dengan kawan2 pegi KLCC boleh tak?
Saya : KLCC? Nak buat apa? Bukan ke bibik penah pegi sana dengan ibu...
Bibik : Saja2 jalan2 dengan kawan.
Saya : Haa jom ibu bawakkan.
Bibik : Tak nak lah. Saya mahu kluar dengan kawan2.
*tercengang saya tak taw nak jawab apa dah :P*

Haih...tak paham bahasa ke apa nih? Ingat datang makan angin ke apa eh?Adeh......Naper eh 'Bila dah bagi peha, nak betis pulak eh'? Manusia oh manusia!

I bet my family members (from my side) sure bengang dengan saya bila entry nih ditulis sebab still bagi chance dekat bibik. What I can say here is I am not giving her any chance but I have no choice as there is no news on my new maid. :( So by hook or by crook, I still need her in the meantime. I cannot handle everthing by myself :(

SO this time around, can I leave all the questions to MyPartner to answer it?

Because I have lost my words to say anything :P

Poor me! :(


7 comments:

ADELINA said...

To me senang je jet.. tekap jer seterika kat muka.. confirm tak mau keluar pi mana dah pasal muka berparut..

chue said...

wuish...ganas sgt nih..kata kt bibik,bley gi klcc ngn syarat kna gi ngn wan.. :DD

Jan said...

1. saya ingatkan mahu naikkan gaji bibik ke RM500, tapi kalau mahu keluar aja susah lah.
2. ibu janji nak naikkan gaji saya, tiada pun? jet: saya mahu pastikan bibik tidak minta kluar lagi 2 bulan ini, baru saya naikkan.
3. bulan 5 = bye2 bibik.

cha said...

kalau cha, cha biaq je dia p mana pun dia nak p..bila jd something nnt br dia serik sket..mintak2 la time dia p tu imegresen bt raid ke apa ka then br dia takut dh nak keluaq.jet dok halang dia pun kang lg dia dok memberontak.alang2 xlama lg jet dh nak tukaq maid then jet biaq je la dia nak bt apa pun.pasni kalau la dia kena keje dgn cina ka br dia tau langit ni tinggi ka rendah..

~J.E.T~ said...

Ena : Hahah..lawak2! Ganas la pulak. Kang malaih nak naik court plak kalo tekap ngan seterika :)

chue : Haha...kalo suh gi ngan wan, tobat dia tak mo :D

Ejan : Haaa...sangat bernas! Last2 tak de naik gaji. Kalo ikutkan memang bulan nih gaji dia naik. Tapi nih dok buat perangai je keje, macam nak tarik balik bonus pun ada :)

Cha : Ish jet malaih nak biaq dia pi sebabnya paham2 la perangai dia sebelum nih kan. Kang bukan takat kena jaga 2 anak, kang ada yang kena jaga 'baby baru' lak...tu la yang jet risau! Tapi dia nih macam tak paham apa yang jet risaukan. Alih2 bila tak bagi mula la hempas2 pintu lah, tarik muka muncung 4 depa...Haih!Letih layan dia nih dari layan Kakak+Adik. Banyak songeh la lately nih :(

Anonymous said...

memang bibik ni pesen dia mcm tu...kena bgtau kat dia, kalo nak cuti sebulan boleh 2 hari jer...
lebih2 tak boleh...
maid saya pun mcm tu juga..nak cuti pergi rebonding rambut la.nak pegi jln2 kat chowkit la, nak tidur rumah kawan., nak beli handset ada kamera..mcm2 prangai..bila dah dapat henset, mula la bercinta..dgn mat indon memana..tah bila diorang jmpa pun tak tau...
Bibik ni character dia sama, bila dah jumpa kengkawan (bibik2 jiran) especially kat taman, mula la dia bergosip dan banding2 kan majikan. majikan dia bg cuti la, bagi naik gaji la..tu yang pandai meminta2.

~J.E.T~ said...

alahai...senasib je saya ngan anom nih...baru saya tahu sepesen jek diorang nih. Bila majikan dah buat baik, mulalah buat perangai....nih sebab kes bercinta ngan mamat indon nih la yang buatkan saya memang berat hati nak bagi dia kluar. Kang ada gi jumpa mana2 lak kang. Kang kalo jadi apa2, majikan jugak yang polis cari. Tapi bila kita kata tak boleh, mula la tunjuk mogok. Pelik saya rasa...naper la diorang nih tak leh nak paham apa yang kita risaukan. Adeh!

Memang apa yang saya nampak masalah nih bermula lepas dia mula berkawan2 dengan bibik2 lain la nih. Dah mula mintak kluar sebab bibik2 lain memang bebas. Mana tak bebas, majikan kluar subuh, balik umah bila dah nak abis isyak....memang la majikan tak tahu apa yang berlaku sepanjang hari.

Pening saya :(