Saya sekeluarga berpeluang menyaksikan depan mata acara peringkat terakhir Le Tour De Langkawi semalam :). MyPartner berkobar2 ajak saya balik kg sebab nak tengok Le Tour nih. Saya ok je tapi yang paling eksited ialah Kakak+Adik sebab nak tengok orang naik basikal :). Kali nih acara perlepasan peringkat terakhir diadakan di Kuala Kubu Bharu. Saya rasa macam kena je diorang pilih KKB. At least mat2 saleh nih leh la nak tengok struktur bangunan Melayu lama kita. Lagipun pekan nih memang tenang jek. Sejuk jek mata memandang + tak de traffic jam pun….
K, nih kisahnya. Kitaorang bertolak dari rumah kol 9.40 pagi. Ingatkan jalan tutup tapi alih2 memang dia bukak untuk orang datang. Parking jauh jugak sebab dah ramai tapi tak pe, kami menapak ramai2 sambil dengar Kakak nyanyi2. So tak la boring sangat :P
So ceriteranya bermula di sini ya :)
Mula2 masa sampai tenang lagi jalan2nya sebab kereta pelumba baru tiba. So kitaorg berpeluang tengok pelumba2 dari dekat dari pelbagai negara. Pendek kata, semua hensem2 belaka. Ngeh3! :P Kakak asyik ulang "Tu macam basikal kakak saje....." Walhal Mama tak rasa pun sama :P Sama tak? Beza kan? :D Takpe, Mama iakan ajer... Hehehe
Pastuh kitaorang menapak lagi menuju ke pentas utama sebab ada banyak persembahan kebudayaan Melayu dipertontonkan... Nih wajah2 yang hadir ke sambutan tuh. Memang ramai umat. Pemberita pun ramai...Kamera semua canggih2 tak seperti saya punyer :P
Nih gambar persembahan di hadapan pentas utama. Tarian Melayu ngan pertunjukan akrobatik basikal dari pakcik yang berpengalaman. Risau saya tengok pakcik nih jatuh basikal :P Tapi last2 ok je dia buat pertunjukan...
Haa nih aksi2 MyPartner dengan anak2. Adik + Kakak sabar je melayan kehendak MyPartner nak tengok acara ni dari dekat :). Lenguh giler dukung diorang nih. Mama rasa nak tercabut tangan pun ada! Last2 semua meragam sebab panas. Hahaha :P
Nih pulak wajah pelumba basikal dari Malaysia. Banyak team rupanya dari Malaysia. Tapi memang bangga la tengok anak2 muda kita beraksi menaikkan nama Malaysia. Beria saya tepuk bagi semangat :P Hahaha :D
Nih pulak gambar pemenang2 jersey mengikut warna...Yang pakai jersey hijau tuh dari Malaysia. Anuar Manan namanya. He created history by becoming the first Malaysian rider to win the stage race in this Le Tour since its inception 15 years ago. Bangga kan? Saya berpeluang tengok dia dari dekat masa saya sibuk tangkap gambar :P Suka saya tengok anak Malaysia berjaya!
Nih pulak gambar2 di saat akhir masa nak berlepas. Cool je pelumba2 nih dok sembang2 sambil makan chewing gum lagi sementara tunggu wisel ditiup. :) Fit jek badan memasing. Rasanya saya kena beli la beskal sebijik untuk saya mana taw leh kurus cam diorang nih ke :P
Haa yang last nih lak gambar pakcik tua yang sempat saya tangkap lepas habis semua pelumba dah berlepas. Cool je pakcik nih dengan basikal dia. Ingatkan dia join lumba basikal tuh... tapi terlepas nak mendaftar barangkali? Kidding2...TeeHee.... :P
K lah, pendek kata memang enjoy la pegi tengok. Tak sia2 memeriahkan acara yang jarang kali dapat saksikan depan mata :). Bagi saya lah, memang berbaloi-baloi pergi tengok walaupun panas :)
p/s : All in all, I’m proud to be a Malaysian! ;)
p/s : All in all, I’m proud to be a Malaysian! ;)
3 comments:
Omputeh nampak mcm releks jek...sebab kola kubu mcm negara diorang gak...sejuk ngan snow :)
Ahahaha.. Beskal kakak nih jenama GIANT tak? kalo GIANT sama la... size jer beza.
Beli beskal jangan xbeli amik yang 9speed & ada meter skali okay:)
Tarzan : :)
Anom : hehe..kakak dia nampak semua basikal sama jek :) tu la, macam best jek kalo ada beskal. leh gak la nak eksesais naik beskal :D
Post a Comment