Tuesday, March 23, 2010

Makan?

Since Adik+Kakak dah nampak makin sihat, maka saya pun dah mula rasa happy.
Happy untuk buat segala benda... baru rasa bersemangat skit nak buat keje. :)

Adik rasanya hilang almost 1.5 kg bila dia tak sihat. Mana taknya, susu langsung tak nak minum sepanjang dia sakit. Kakak pun kurus jek sebab tak lalu makan. Tapi hari nih nampak cam dah mula ada selera makan...So saya pun apa lagi, mesti la masak makanan kesukaan anak2....Tadaaa, sardin roll. Bunyi cam gempak jek, tapi alih2 masak sardin roll jek :D Hehe...ini memang makanan santai kesukaan 1 keluarga benarnya. :)

Senang jek buat sardin roll. Nak sebut pun segan sebab ntah2 korang masak sardin roll sampai pejam mata jek :D

Selepas dikukus roti, diuli dengan penguli, maka tadaaaaaaaaa.....dah siap :D Intinya sah2 sardin :) Pastuh buatlah sos nya....:)

Tak sampai 15 minit, semua habis dimakan. Tak tahu lah sedap ke tak tapi saya makan 2 keping dah kenyang. Yang lain semua dihabiskan oleh MyPartner+Adik+kakak....Rangup roti nih sebab tuh masing2 suka kot...

Happynya Mama sebab masing2 dah ada selera makan...Syukran! :)

Nanti Mama pikir esok nak masak apa pulak k ;)

5 comments:

Fatin Helmi said...

eh nelly.. letak la resepi.. lain style sardin roll nelly nih drpd yg fatin tahu.. huhu.. mana tahu boleh cuba kalu terrajin..

MUMMY said...

Awat yang hang tak letak sekali cakoi cicah sardin mak.. sikit punya teringin nak makan hampa dua orang.. sebut jer nak makan bergegas mak buatkan, the same day requested khas untuk anak2 kesayangan.. sorang tengah 8 bulan mengandung dan sorang lagi ibu beranak 2.. haha..

~J.E.T~ said...

Fatin, nanti neli kasik resepi kat fb k ;). segan plak tulis kat sini sebab neli jenis style 'campak2' je bila masak :D

Mummy, cakoi cicah sardin mak mana leh letak sini. Limited edition taw dari dapur Puan Norlia :D Mujuq la cha pun teringin makan, tak dak la ralat sangat sebab ibu ngandung nak makan kan :D :P I tumpang dua kaki la makan sekali. Nyusahkan mak je rasa :P Tapi memang sayang gila la kat mak. Sebut nak makan apa, terus masakkan untuk anak2 dia! :) Muahh2!

Nani~~{@ said...

Hi kak Nelly:)

alhamdulillah adek n kakak dah kembali sihat n berselera..x la mama risau2 lg;)

nampak yummy sardine roll tu..dpt tgk je la gayanye:)

~J.E.T~ said...

TQ nani. alhamdulillah, dah sihat dua2 :)

nanti balik malaysia singgah la umah akak. ada rezeki boleh akak masakkan untuk nani :)

Take care dear!