Thursday, December 30, 2010

4 tahun..

Alhamdulillah..Umur kakak dah cecah 4 tahun hari nih :)
Kejap sungguh masa berlalu...
Masih teringat lagi saat Mama nak lahirkan Kakak..
Alih2 kakak dah 4 tahun...

Sayangnya Mama pada Kakak tak pernah berbelah bahagi..
Penyeri hidup Mama dulu, kini dan selamanya..
Moga Kakak membesar dengan sihat dan menjadi anak yang mampu buatkan Mama dan Ayah gembira. InsyaAllah...

Those days..


Hopefully Mama masih punya nyawa yang panjang untuk lihat kakak membesar..Amin.

Semoga Allah makbulkan doa Mama untuk lihat kakak menjadi insan yang berguna..

Mama dan Ayah akan sentiasa menyayangi kakak sehinggalah hujung nyawa kami berdua...

Selamat hari lahir Lya Umaira ;)

Friday, December 24, 2010

Laju

Wah kereta ku meluncur laju ke UPM hari nih..Jalan lenggang tak berpenghuni sebab semua dah bercuti kot. Lab pun senyap sunyi je hari nih...

Kang ada tengahari nih saya melencong ke Alamanda cuci2 mata :D

Perbualan saya ngan kakak pagi tadi :

Mama : Kakak sayang Mama?
Kakak : Sayangg...Kakak sayang Mama tapi Mama no 2.
Mama : Ayah...Kakak sayang tak?Ayah nombor berapa?
Kakak : Sayanggg..Ayah No 3.
Mama : No 1 Kakak sayang sapa?
Kakak : Allah...

:)

Happy weekend everyone ;)

Tuesday, December 21, 2010

Cuba2

Tetiba datang mood 'masuk dapur tak kluar2'...huhu
Memang mood sebegini terjadi bila saya ada banyak mende nak buat tapi malas nak buat :D

So sesi menghabiskan masa banyak dibuat di dapur dengan :
Mencuba resepi2 baru :) Weeee!
*sedap ke tak itu belakang kira :P*

Janji lepas dek tekak MyPartner, lil Munchkin and Lil Cotton Candy :)

1st time masak triffle strawberry pakai resepi baru..
And the result...tadaaaa, yummmyyy!


Simple dimple recipe dia...Nak2 dah nak Chrismas nih, strawberry manis2 memang senang nak dapat :)

TQ to my labmate, Gjah for the marvellous recipe....nanti datang umah akak, akak buatkan lagi ya ;)

p/s: Tetiba lak lapar... :D

Monday, December 20, 2010

Lalala...

My new collection :

Anak2 saya pun dah mula hafal semua lagu2 dia ;) Tak de la dok ulang twinkle2 little star jek :D

Saya lak dok ulang dengar tapi yang peliknya, langsung tak jemu2 :) Terbaik!

Saturday, December 11, 2010

Kaki

Kakak jatuh tangga la pulak..Adeh! :(

Asalnya main ngan anak2 jiran tapi saya tak tahu sapa tolak sapa. Malas nak salahkan sapa2 sebab Kakak sendiri pun memang jenis suka main tangga :P

Tu la bila tak nak dgr cakap Mama...asyik nak turun naik tangga alih2 terjatuh..Ingatkan tak de apa2, sekali tengah malam nangis sakit2. Disebabkan saya nih jenis terlebih gelabah, so nya malam tuh gak pi buat x-ray :P Risau mengalahkan apa lagik..

Mujur lepas xray tak de yang patah ke apa...

Tapi kaki Kakak bengkak mungkin sebab terseliuh...
Tapi tak reti pulak nak cari tukang urut untuk urutkan kaki... :(

Harap2 esok lusa baiklah kaki kakak nih..

Risau sangat saya nih..nak buat keje pun naik malas!

Cepat2 baik ya...

Friday, December 10, 2010

Nilam

Lama tak letak gambar anak2 :)

Kakak tengah cuti sekolah. Saya ngan MyPartner lak keje. Kesian pun ye sebab sure bosan jek dok umah.
Hujung minggu je lah saya ada masa nak bawa diorang pi jalan2.MyPartner lak memang tak de cuti. So memang tak ke mana sangat la.

So pusing2 jalan KL jek.
Nih gambar masa main kat Tasik Titiwangsa. Menjerit2 seronok..Mama pun happy tengok anak2 Mama semua happy :)

Ramai budak2 main. Terasa nak beli layang2 pun ada main kat situ pas nih..


Hari Ahad nih, kalo tak hujan, akan pegi lagi sebab plan nak bawak anak2 jiran ikut sekali. Sure seronok diorang main sebab kawan2 pun ikut. Suka saya tengok Kakak+Adik dah pandai berkawan sesama kawan2 diorang. Kalo beli barang, selalu nak beli lebih sebab nak kasik pada kawan2. Memang kena sediakan duit lebih selalu :D

Bila balik umah, Kakak suka belek buku2 dia. So most of the time memang dia akan membaca buku cite, tak pun hafal doa2 harian. Mama pun happy tengok Kakak dah pandai berdikari. Adik macam biasa...sepah2 umah, tekan tutup tv..Huh! Payah tul nak fokus sebab banyak keje lain dia nak buat. :D Tak pe, Kakak dulu pun macam tuh gak. Nanti bila dah pandai fokus, Mama ajar Adik pulak ya ;) Bibik saya memang fail bab2 membaca nih. Tu yang saya kena ajar sendiri anak2. Buat masa yang sama, bibik saya pun tumpang belajar :)


Moga Kakak + Adik membesar menjadi insan yang berguna. Tuh je yang Mama harapkan...
TGIF!

Tuesday, December 7, 2010

Besday bibik

Semalam besday bibik yang ke 43 kot saya rasa :D
Dia sendiri pun tak berapa nak ingat umur dia, apatah lagi saya kan :D
So kitaorg pegi celebrate ramai2. Dah anggap dia macam keluarga sendiri walaupun suka jugak wat perangai :D
Terharu dia lepas adik+kakak nyanyikan lagu happy birthday lepas bangun dari tido.
Saya pun rasa sayu gak sebab dia banyak bantu saya selama nih. Tiap bantuan dia memang saya sentiasa ingat sebab tu yang sampai skrg dia masih bertahan keje ngan saya sekeluarga.

Kakak+Adik memang sangat sayang pada bibik nih sebab dah jaga diorang dari kecik. Hari tuh saya nak tukar bibik baru, sebabkan Kakak lah buatkan saya tak jadi nak tukar. Saya suka tengok anak2 saya ceria+gembira dan saya tak nak patahkan rasa tuh andaikata saya tukar bibik baru.
Antara makanan yang dipesan.....Last2 adik+kakak makan telur dadar jek! Huh!

Yang diraikan...


Kadang2, bila dok sorang2, saya terpikir, manusia nih kalo diberi peluang, insyaAllah akan berubah cuma masa je yang tak boleh diduga samada cepat atau pun lambat. Apa2 pun, andaikata kita bersabar, tentu akan dilimpahkan ganjaran di kemudian hari kan.... InsyaAllah ;)

Penyeri hidup saya...MyPartner, My Munchkin and My Cotton Candy :)

"Kepada bibik, selamat ulang tahun :) Tak de apa yang boleh ibu ucapkan melainkan Terima kasih banyak2 sebab banyak bantu ibu selama nih......"

p/s : Hadiah ke bonus eh?

Monday, December 6, 2010

Dendeng daging

Lama saya tak buat entry masak2...

Semalam saya masak dendeng daging sebab MyPartner request nak makan.
Plus daging yang banyak sangat dalam peti sejuk, so saya pun mereka masak dendeng.
Dah banyak kali dah masak dendeng sebelum nih tapi sejak Rihanna lahir, memang saya tak penah buat dendeng ni :D

Maknanya dah 2.5 tahun tak buat dendeng. Keh3!

Since MyPartner dah request, saya pun masak la..
Simple je cuma bila time nak menumbuk daging tuh je la yang malas skit. Tapi hari tuh sambil layan cerekarama, saya tumbuk jek daging. Sure jiran bawah bengkek jek sebab kol 11.30malam dok menumbuk pakai lesung batu. Haha...

My dumb ways of cooking dendeng daging...


Saya perap daging tuh semalaman. Hari sabtu numbuk daging, ahad baru leh makan :D Lama sungguh saya masak :D

Wangi bau bawang nih :)

Tadaaaa, dah siap :D


Tak tahu la sedap ke tak...tapi Adik makan 4 pinggan nasi, Kakak 4 pinggan nasik gak, MyPartner berpinggan2...so assume ok la kot :P

Salam Maal Hijrah semua .. ;)

p/s: Syukran sebab banyak azam tahun nih dah tercapai ;)

Friday, December 3, 2010

Jalan2 MAHA

Best la MAHA 2010. Saya tak penah pegi MAHA nih tapi hari tuh pi, memang best la...
Sakit kaki sebab kena penapak jauh dari parking tapi tak pe, sangat berbaloi...

Semua dewan kitaorg masuk..Bila kluar2 je dewan, terasa kenyang semacam sebab semua makanan kitaorg test. Heheh....Yang bestnya, produk2 dia halal2 belaka.

Banyak saya borong buah ngan marshmallow. Yang penting, marshmallow dia halal! Suka..suka..suka :D

Saya tak banyak tangkap gambar sebab kepenatan. Tapi overall memang tak rugi kalo pegi...Ada kawan saya nih, dah 3 kali dah pegi...

Kepada peminat orkid, sila la pegi..murah + cantik2!



Buat yang teringin nak gi tapi belum sampai lagi, sila2...memang TAK RUGI!
p/s : Banyak jugak benda baru saya belajar...rupa pokok kubis pun saya baru tahu..Huhu! Jakuns!

You vs your boss

When you take a long time, you're slow.
When your boss takes a long time, he's through.

When you don't do it, you're lazy.
When your boss doesn't do it, he's too busy.

When you make a mistake, you're an idiot.
When your boss makes a mistake, he's only human.

When doing something without being told, you're overstepping your authority.
When your boss does the same thing, that's initiative.

When you take a stand, you're being bull-headed.
When your boss does it, he's being firm.

When you overlooked a rule of etiquette, you're being rude.
When your boss skips a few rules, he's being original.

When you please your boss, you're apple polishing.
When your boss pleases his boss, he's being co-operative.

When you're out of the office, you're wandering around.
When your boss is out of the office, he's on business.

When you're on a day off sick, you're always sick.
When your boss is a day off sick, he must be very ill.

When you apply for leave, you must be going for an interview.
When your boss applies for leave, it's because he's overworked.

Keh3...double standard right?Uh! :P

TGIF! ;)

Tuesday, November 30, 2010

Yeah!

I already passed my comprehensive exam ;)
Syukran...syukran...syukran....

My endless thanks is always to Allah..

To MyPartner, thank you...thank you...thank you....
Buat masa yang sama, untuk anak2 yang banyak membakar semangat saya untuk terus belajar...hidup Mama memang la sangat tak adventure kalo tak de korang dua :D
To my parents...terima kasih doakan Jet. :)
Dan untuk kawan2 yang mendoakan saya, terima kasih banyak :)

Oh relief nya rasa, jom MAHA jom!!

p/s : Dah 2 minggu bermata ala2 panda! Adeh...penat!

Friday, November 26, 2010

5 years of marriage

Tick tock tick tock and suddenly I realized that today is 26 November :) It is so hard to believe that 5 years have flown by so fast. :)

Sure we’ve had our share of arguments through the years, but we’ve always dealt with them and I’m amazed how our love continues to grow and the excitement is still there. You are my best friend, and even though we annoy each other sometimes :P, but it still grows in love and friendship ;)
Even though this simple note isn’t an expensive gift, but hey, it’s from my heart, and that is something that we’ve both always put above gifts. I love you, you are my best friend and the love of my life.
Happy Anniversary, Abang! ;)

To my dearie partner, I love u to bits!



Wednesday, November 24, 2010

Quote of the day..

Sometimes we really need someone to remind us...

"If you are motivated by fear, you will be constantly pointing out your child's wrongs, then the child will feel that he or she is never good enough. You will keep comparing your child to somebody who is always better and because of that your child will always feel that he or she is always a failure." - Charis Patrick, Family Life educator.

Tuesday, November 23, 2010

Bila Mama menangis...

Oh kenapa la saya mudah sungguh kluarkan airmata lately nih nak2 hal anak2..
Bak kata MyPartner : Ratu Airmata :D

Kakak dah 2 hari dia rapat sangat ngan saya...
Saya tahu dia sedih tengok saya nangis sebabkan dia..
Nak kata saya nangis sebab marahkan dia..tak jugak.
Cuma kadang2 saya rasa saya penat dengan perihal anak2 yang tengah membesar.
Kadang2 ditegur salah, tak ditegur salah...

Tak pe, saya terima semua cabaran dengan hati yang terbuka menjadi ibu kepada dua anak kecil dan pada masa yang sama, saya serabut dengan urusan belajar saya.
Setahun je lagi tinggal untuk Mama habiskan keje Mama.
Kadang2 terasa sangat bersalah sebab saya tak punya banyak masa untuk anak2 tatkala anak2 tengah membesar..
Tapi tak pe, Mama janji, bila semuanya selesai..Mama akan bayar balik segala hutang masa Mama pada Kakak+Adik+MyPartner....

Moga Allah permudahkan segala urusan saya tatkala saya serabut dengan pelbagai masalah. Tiada apa yang membahagiakan saya buat masa ini melainkan melihat anak2 membesar dengan sihat....tu jek.

p/s : Wish me luck for my comprehensive exam ya!

Thursday, November 18, 2010

Rapuh

Oh sukanya saya lagu Rapuh nih...dalam maksud lagu nih untuk insan sekerdil saya. Bila dengar tatkala sunyi, boleh mengalir airmata...

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mataku
persembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu



Qurban


"Kesian kat lembu tu.."
What do we explain to our little ones as they witness the sacrifices being slaughtered? Perhaps we can explain how Allah has made each creature to have its own role and function e.g. some to work in farms, some to be pets, some to be eaten, some to carry goods, etc. Happy feeding the inquisitive minds!
p/s : Credit to Ayen for the nice picca!

Thursday, November 4, 2010

*-*

Oh my...one of my close friends in the lab is almost graduating :(
He used to register after me but now, he is leaving me behind before I complete my study....
Sedihnya....
Am I too slow? Am I too much playing around with not-so-important thingy? Ye kot...Adeh!

Now I'm helping him to translate his abstract to Bahasa Melayu which I used to do that when someone dah nak habis sangat2. Sedihnya...

He will leaving our group soon.. One after another is leaving our group. We do share the same goal from the 1st day we registered...

Nak nangis pulak baca abstract dia. Huhu...emotional sungguh la!

p/s : Bila la my turn nak graduate nih?

Wednesday, October 27, 2010

Toche

Ok dah boleh tutup cerita hal2 pindah memindah sebab semua dah setel *walaupun kotak masih ada yang belum simpan lagi :P*
Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Terima kasih daun keladi kepada yang sudi datang membantu. Memang kejap je rasa pindah ari tuh sebab ramai yang tolong. Terima kasih banyak2..Buat Zatul, terima kasih sebab sediakan lunch kami hari tuh. Tak terbalas jasa anda sekeluarga :)

Rasanya pas nih lambat lagi lah kitaorg pindah :P Seksa nak kemas barang tuh mengalahkan apa lagik...Mujur lah ada bibik yang banyak membantu kemas2 barang. Kalo saya buat sengsorang, leh pengsan rasanya...

Andaikata ada yang nak pakai servis pindah barang, saya boleh rekemen kan satu lori nih. Terbaik la saya rasa sebab semua barang2 saya tak de yang rosak. Walaupun semua saya balut dengan bubble wrap, saya still rasa yang orang lori tuh sangat la berhati2.Letih okeh sebab semua perabot2 saya solidwood. Leh patah pinggang kalo angkat sorang2. 30 meter bubble wrap saya beli untuk bungkus semua barang. Alhamdulillah, berbaloi penat saya balut segala bagai tuh sebab tak de yang rosak.. :)


Lepas nih tinggal nak siap2 kan umah untuk paskan pada penyewa. Umah sana pun masih lintang-pukang lagi sebab terasa masih ada 'masa' lagik :D
K lah, jumpa lagik.. ;)

Thursday, October 21, 2010

Let go

I'm giving away this wall light for FREEEEEEE :)
Anyone interested, please let me know ya.
But self pick up only ya :)

All of a sudden disebabkan masalah lori + keje saya di lab masih banyak tak siap lagik, maka kami postpone pindah ke Sabtu :D Gila la dengan keje yang berlambak nak disiapkan, pindah-randah lagik...letihnyaaaaa!

K lah, semoga semuanya akan berjalan dengan lancar. Ya Allah, mudahkanlah urusan hidup kami sekeluarga. Amin!

Sunday, October 17, 2010

Hectic weekend

Fuh, hujung minggu yang sangattttt penat! Nak tercabut semua tulang :P

Ok, we are still doing some final touch to our house.
Here and there still ada benda nak tambah.
Hopefully by Wednesday everything dah siap.
Skit je lagi yang tinggal.
By Jumaat, memang kitaorg akan pindah atas sebab2 yang tertentu.
Dengan masa yang terhad, memang cam pindah ala2 'tak nak bayar sewa' pun ye :D


Plannya nak buat bacaan skit sebelum masuk umah nih. Tapi nampak gaya macam tak sempat.
So kemungkinan besar pas pindah baru nak buat bacaan doa skit.
K lah, sakitnya tulang belakang angkat barang. Turun naik tangga memang sangat memenatkan :P Hopefully leh kurus skit pas nih :D
Esok dah senin! Erk!

Friday, October 15, 2010

Packing

Ok, lama giler tak update blog. Busy like a tiny bee :D

I'm busy with my experiments. If time permits, I will make sure my blog is updated.
Starting next week, I'm gonna be a very busy momma. Busy with packing stuffs. :P
We are moving out from our current house :)

Done with the renovation thingy and now, packing time....

Malasnya Ya Rabbi nak pindah. Nak packing la yang paling malas. Banyak sangat pinggan mangkuk yang mana saya tak tahu nak campak mana :P

Naper ntah saya rasa tak cukup 24 jam sehari. I really wish I can turn the clock at anytime I want :P But of course la, mimpi :P

Terasa nak jadi superman pun ye. Ala2 flying without wings. Huhu :D

K lah, nak rehat2 sambil layan tv. Lama nya tak tengok tv. Rasa cam dah 3 bulan tak tengok tv :P

p/s : Oh ya, a good news for us...we already have the tenant for our current house. :) Really hope that our future tenant can take care of your house like their own house. Lots of sentimental value that I cannot reveal it here. Till now, my heart is always with this house :( Oh my....my tears! Sob2!

Daa~

Tuesday, October 5, 2010

Messy

*Messy mode*

Too busy running experiments...
Too busy attending cranky kiddos...
Too busy analyzing data....
Too busy gaining weight... :D
Too busy preparing budget for next coming years :P

So everything is like looking a needle in a haystack. :-/

Take care everyone!

Monday, September 27, 2010

Exhausted

Toche2 to those who came to our house throughout the weekend... :)
No photos to be published here since I totally forgot to snap :P (not even a single picture)
I was too busy running here and there, cooking and chatting :P
Today I'm off to the lab since I'm too tired + headache!

Dizzy! :-/

Thursday, September 23, 2010

House to let

I am renting out my 'humble' house now. If you have friends who are looking for a cozy apartment in the middle of Kuala Lumpur, I guess this is the best choice ;)

Just a simple description about my house....

Located at Taman Setiawangsa.

3 rooms and 2 bathrooms

Friendly neighbourhood with swimming pool, gym and playground.

Newly painted and new flooring (broken marble).

Built in kitchen cabinet with kitchen hood and hob, fitted wardrobe.

KLCC view once you are at veranda.

Located just 5 steps from the ground, with your parking lot just at the back of your kitchen, and this unit is near to the guard post and entrance. *1st floor*

You will love the location at the 1st time u step on it! I guess :D

Very strategic location (walking distance to the Giant Supermarket, petronas station, banks,shoplots, near Primary & Secondary School, kindergarten, Uptown Setiawangsa)

Nearby facilities : 24 hours clinics, mosque, pharmacies, restaurants, Putra LRT, Jusco AU2, Wangsa Walk Shopping Mall.

Easy access to any points in Klang Valley and Selangor via DUKE, ELEVATED Highway, MRR2 and etc.

I am too 'shy' to show my house but for the sake of finding new tenant, here it goes... :P *please ignore the unpaid model + 24-hours-messy ya*





The rental price :

Partly furnished : RM1400/month inclusive maintenance fee.

Available : November 2010.

Enough for now...If you're interested to view, please let me know ya ;)

I really hope my gentle readers can spread the words to friends and families in helping me to find new tenant.

TQ for your kindness ;)

Wednesday, September 22, 2010

Wish list-1

I really want to have this....

This is one of my wish list for the past few years till now :D

Oh ya, should I ask this from MyPartner as my birthday gift next year? Mmm.. :D *hint2* If yes, what I need to do now is just wait patiently for another 1 year... lol!

Oh my.....mirror2 on the wall, can somebody tell me where can I get this thing for free :D or at a reasonable price? :-0


i HEART this..

Pic googled.

But if I have it now, do I have time to sew? Of course the answer is NO :P *ok2, keep on dreaming*